Filed under Jumonjibaru

Presiden kata

Kata presiden jimonjibaru: saya pernah dilahirkan sebagai seorang Islam! Aku: eh! eh! ek! erk! sekarang? Kawan-kawan: ping! ping! ping! Aku: aku harap kau sempat bertaubat, mr presiden!

mambuhay

ramos datang lewat 10 minit. ramos masuk dengan wajahnya yang serius itu. pada ketika dia mula bercakap-cakap, kertas-kertas dilempar-lemparkannya, jari ditudingnya ke sana sini. dia bercakap tentang perang dunia ketiga yang boleh bermula dengan segelas air, teknologi dari filipina dan bingkai cermin mata tanpa cerminnya, bercakap tentang nilai-nilai agama islam dan kristian, bercakap tentang kuasa … Teruskan membaca

jantan…..

sudah lebih 2 bulan mata anak-anak jantan di pergunungan ini kekenyangan setiap saat dan masa, tanpa henti dan tanpa noktah. kerana mentari semakin meninggi dan teriknya tidak boleh ditahan lagi maka di pulau yang sentiasa berubah permukaan mukabuminya, timbul pula pergunungan-pergunungan yang lain. semakin merekah dan sekah, membuak-buak keluar dan menonjol-nonjol dari permukaannya. gunung yang … Teruskan membaca

di zaman edo

Bahasa melayu di nagasaki di waktu zaman edo? dari tahun 1603 hinga 1867. wah! aku memang terperanjat, takjub pun ada. mereka ada penutur dan jurubahasa Bahasa Melayu dalam urusan perdagangan dan perniagaan di NAGASAKI. maka tak hairanlah kalau dengan majoriti 40% penguasaan bahasa jawa di indonesia akhirnya dimanafaatkan dengan bahasa melayu sewaktu resolusi kemerdekaan anak-anak … Teruskan membaca

hitomi

si dara hitomi, kita bertemu kembali. hanya dari jauh dengan jelingan mata, menguntum senyuman dan melambai-lambai tangan. hanya dari jauh, dengan malu tersipu-sipu di hadapan teman lelakimu. sang kacak dari filipina. graduate’s lounge

Ayam

21/1/2006 – ayam Di sana tu ada sereban ayam yang letaknya nun meninggi di atas bukit. sesekali kalau tengok boleh rasa gayat dan sayup. ayam di situ banyak sekali, warnanya macam-macam, duduk dengan sungguh harmoni dalam sebuah reban yang atapnya merah bata. majmuk dan mesranya tidak terhingga. Kadang-kadang berlebih-lebihan pula. ayam di situ ditempatkan seperti … Teruskan membaca

dilanda badai

cindy kaget bila xu keluar tiba-tiba. silap cindy, tertawa kecil di hujung hujahnya tadi. itu dah sifat cindy. xu mengerti tapi tawa cindy itu tidak dapat diterimanya. pada xu tawa cindy itu berbaur penghinaan. pada xu tawa kecil itu mempersendakan bangsa cinanya di tanah besar. pada xu, cindy tidak mengerti azab orang cina di zaman … Teruskan membaca

Sapaan musim salji

ais bertompok-tompok di aspal. putih bersih mewarnai padang rumput. sesekali mendongak ke tingkap kuliah, kelihatan berwap dan juga ais mula berkeping di situ. di laman tengah bangunan B, salji yang turun melayang berputaran sebelum jatuh dilantai. bukit bukau dibelakang mula memutih pekat dan sarat. rumput mula menguning bagai berada di tapak sawah di kampung. semua … Teruskan membaca

Dia kata begitu

profesor faulkner berkata bahasa-bahasa yang banyak dalam dunia ini akan menyusut bilangannya. contohnya dari bilangan yang dituturkan sebanyak 6000 bahasa akan tinggal 500 ratus sahaja. itu pun kalaulah globalisasi semakin menganas. justeru, terfikir sejenak, apakah yg akan terjadi kepada bahasa melayu kalau perkara seperti yang diperkatakan itu jadi kenyataan. secara rasionalnya bahasa melayu yang menduduki … Teruskan membaca