sin keenam tigasuku

cuti penggal ke2, aku balik ke rumah orang tua.  aku rindu mereka.  aku rindu adik beradik.  mak masak pasti sedap.

petang jam 3.30, jumaat.  beg sudah berisi baju dan lain-lainnya.  berat.  bahu kiri dan kanan berganti-ganti memikulnya sampai ke pintu pagar.  setapak keluar, ada suara siul burung.  bukan biasa.  aku toleh dan hati terdetik.  sesuatu mengekori.  aku injak bumi dengan ibu jari kaki, nafas dan zikir.  kunci.  harap Allah perkenan.

tak ramai semasa aku keluar. ada dalam 4-5 orang.  semua berjalan senyap.  suara tiada.

50 meter.  tetapi masuk 100 meter macam ada tak kena.  aku langgar pantangkah? mungkin! sesuatu mengekor kembali. bukan satu tapi banyak.  aku cuba buat lagi.  lega sekejap. di bus stop datang balik.  bukan jenis tanah.  aku biarkan.

———–

bas terakhir aku turuni tangganya.  alhamdullillah sampai.  masuk ke perkarangan rumah.  mereka datang kembali.  ekori sampai ke daun pintu.  mereka tak masuk tak tahu sebabnya.  mungkin di dalam ada keris kurnia Raja.  ada penjaganya.

jam 7.20 azan masuk.  selesai azan mereka membuat bising.  berubah antara burung hitam dan kelawar.   cuma aku saja yang dengar dan lihat.  solat.

———–

jam 2 pagi, mata masih bugar.  buku sudah diulangkaji.  ruang tamu.  tiba-tiba rasa orang memandang, aku dongak, sah! tapi bukan mereka.  tapi tok sami yang berumah di pokok nangka di belakang rumah.  kami saling kenal.  dari dulu lagi.  dari aku kecil.  aku tengok dia.  dia tengok aku.  kami tidak berbual.  kepala botak, perutnya bulat. tinggi dalam 8 kaki.  mungkin dia tahu aku bermasalah.  mungkin dia cuba bantu.  aku biar.  aku biar.  sebab ini kawasan aku.  berani serang rumah orang tua aku, makna perang akan meletus.

———–

sejak hari itu, perumahan di situ tidak aman lagi.  mereka ganggu jiran-jiran.  aku syaki tok sami pun mereka dah belasah.  tapi keluarga aku alhamdullillah aman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s