Mengusik 12

Kg Tepi Sungai, Kedah.

Petang itu lebih kurang jam 4, kami tiba ke rumah Tok Wan.  Barang dikemas masuk, usai asar, aku berbaring sebentar.

Pa dan Ma berbisik-bisik.  Hati aku rasa geli hati. Aku tahu mereka mahu ke rumah Tok Long Ien.   Tok Long Ien seorang yang berkebolehan dalam hal yang pelik-pelik.  Aku sendiri belum pernah jejak ke rumah dia.

Maghrib baru selesai, pa dan ma terus keluar, mereka berdua tak tahu yang aku dah agak mereka akan pergi ke rumah Tok Long Ien.  Isyak masuk, aku sudahkan dulu solat Isyak sebelum sila dikemaskan.  Habis sahaja zikir, aku melayangkan diri sebentar ke sana, salam diberi kepada Tok Long Ien, dia kaget melihat aku.  Aku cuma menyerigai dengan sedikit amaran sebelum kembali ke rumah Tok Wan.

Aku kemaskan duduk, sedikit zikir lagi, aku rasa serigai dan amaran aku tak mencukupi untuk Tok Long Ien.  Lantas aku starlight kepala dia dua tiga kali.  Terpaksa walaupun aku tahu dia dah tua.  Selesai dan aku pun masukmtidur.

Esok, ma buka cerita.

Setiba di rumah tok long Ien, hal aku dicerita kepada dia.  Tok long hanya membuka mukadimah sebelum dia terhenti berkata-kata.  Tak boleh nak diteruskan katanya. Sebab aku dah pun tau pa dan ma sampai ke rumah dia.  Tok long menyuruh kedua-dua pulang.

Ma tanya macam mana perkara ini boleh berlaku.  Aku hanya tersengih sambil tangan ma aku cium.

-1994-

Tinggalkan komen