Posted in Oktober 2007

kopitiam

petang itu yang telah hampir maghrib aku biarkan berlalu. tekak ini terasa ingin sangat meneguk kopi yang khabarnya begitu sedap di kedai-kedai yang berimejkan tradisi cina. sebaik senja berlalu, kami pun keluar. dan, kami pun menjumpai kedai kopi yang berimej cina itu yang letaknya di dalam pasaraya berjenama yahudi. kopi putih yang kami pesan sedap … Teruskan membaca

mamai

aku rupanya hampir tersasul.  aku ingat aku benar-benar belum pulang walaupun sebenarnya telah pun pulang.  mana tidak, anak-anak melayu yang aku lihat berbeza dari dulu.  waktu aku merayau-rayau di sekitar pekan kecil kajang ini jelas ia memperwakilkan nilai masyarakat yang makin berubah.   anak melayu perempuan yang dikatakan islam itu bertambah ramai menjadi semakin anggun … Teruskan membaca

rasul itu adalah namanya

itu rasul, itu namanya, jangan kau salah faham. dia bukan menyebar agama dan bukan pula mengamal ajaran sesat, jangan kau salah faham dengan namanya, jangan pula kau mengata apa-apa tentang namanya itu. rasul ini aku kenali sejak lama dulu. lama. memang lama. tubuhnya rendah tapi tegap dan kemas. perwatakannya dan pergerakannya rapi dan kumisnya menambah … Teruskan membaca

bagai pesta

hari itu di tempat miyanari, juga tempat miyamoto, juga tempat inoue amat riuh rendah. gelak ketawa yang menjadi-jadi. semua orang termasuk perempuan-perempuan yang berleher jinjang dan sentot terbahak-bahak. semua hepi. aku pun hepi.  hari itu, bagai satu temasya buat julung-julung kalinya.  kami bergurau dan usik mengusik tapi tidak bersentuhan.  miyanari merakamkan peristiwa melalui kamera kecilnya … Teruskan membaca

tiba

akhirnya tiba juga ke sini setelah bertahun diperantauan. sambil memikul segala kenangan untuk dijadikan sempadan hidup. syukur kerana tidak sasau dengan keindahan. tasbih-tasbih dilontar menjadi pendinding. tahmid diucap menjadi peneman. takbir menjadi penolak ranjau-ranjau itu.