sin keenam suku

hujung tahun ada majlis.  makan malam.  high-dinner.  tokoh-tokoh akan berada di pentas, makan di sana.  marhain-marhain akan makan di bawah.  kasta diajar? bagus ini adalah proses cambahan kognitif.

selepas maghrib, kami berbondong-bondong ke dewan makan.  istimewanya malam ini kami dijamu makanan yang lebih sedap dari hari-hari yang lain.  ada aiskrim cawan.  pengetua kali ini memang kedekut.  sebab. pada zaman aku menengah rendah, setiap minggu boleh menikmati aiskrim cawan.

jam 8 majlis mula, ada ucapan.  satu, dua dan tiga orang. aku biarkan.  aku lebih tertumpu di luar, lebih ramai menunggu.  aku biarkan.  malam ini aku buka perisai diri, letak ke tepi.  nak cuba.  waktu makan, memang kena balun, tuju angin.

jam 9 tak ada apa-apa berlaku. jam 9.30 majlis tamat.  tray di atas meja dikemas.  kerusi di masukkan ke bawah meja. tersusun.  tetapi perut aku pun rasa disusun seseorang.

perut mula penuh dengan angin.  aku tahan.  masuk blok B perut sudah penuh angin. senak. macam nak meletup.  lari.  surau dan tergolek di situ.  tahan dengan kerutan di dahi.  sakit.   5 minit. 10 dan 15.   apa pun tak berubah.  kawan tanya, aku cakap aku ok.  dahi masih berkerut.  aku sarung semula perisai diri dan terus berbaring.  kalau mati malam tu, aku terima ajal seadanya.  Tuhan Maha Besar.  Aku mula tafakur. Diam dan zikir.  Angin perlu dikeluarkan perlahan-lahan.  Dari setiap liang roma pun.  Kiraan 10 bermula.  Angin mula keluar dari setiap liang roma dan lubang hidung.  Berpeluh. Bisa.  15 minit, 30 dan 1 jam.  Alhamdullillah. Selesai.  Allah beri nyawa yang panjang.  Besok boleh pergi ke sekolah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s