Mengusik 12 D

Tahun itu 2005, aku sudah tidak boleh menolak untuk ke pulau selatan, penguasa puncak gunung sepakat menerima aku.  Musim panas hampir tamat, aku sudahpun berkemas-kemas.  Segala barang sudah diangkut oleh KuroNeko, cuma beberapa helai pakaian cukup untuk aku, bini dan anak-anak untuk ke sana.  Kami dan sekeluarga lagi melayu merentas pulau utama dengan shinkansen ke … Teruskan membaca

Mengusik 13

Ipar bungsu sakit, sakit yang bukan dibuat-buat.  Sakitnya bukan kepalang, tak cukup tahan boleh sawan.  Ipar bungsu ini meracau-racau, bagai dirasuk-rasuk.  Bomoh sana sini dirujuk, dipanggil, sakit ipar bungsu bukan mainan.  Alah semua yang datang.  Saka, hantu raya dan ilmu tuntutan jadi sebutan.  Kepada bini, aku ucap 2 patah perkataan, “kita balik”. Perjalanan jauh memang … Teruskan membaca

Mengusik 12

Kg Tepi Sungai, Kedah. Petang itu lebih kurang jam 4, kami tiba ke rumah Tok Wan.  Barang dikemas masuk, usai asar, aku berbaring sebentar. Pa dan Ma berbisik-bisik.  Hati aku rasa geli hati. Aku tahu mereka mahu ke rumah Tok Long Ien.   Tok Long Ien seorang yang berkebolehan dalam hal yang pelik-pelik.  Aku sendiri … Teruskan membaca

Mengusik 11

Teluk intan.  Aku tuju, sabtu. Nuar menunggu. Dalam bas dari Pudu Raya aku hanya berzikir dalam hati tanpa putus.  Aku tak tau apa bantuan boleh diberi kepada Nuar tapi dia kawan aku.  Pengetahuan yang ada pada aku mungkin secebis sahaja tapi masalah yang dihadapi bukan kecil.   Serius, masalah Nuar besar, ujian kebatinan dan zahir.  Tak cekal … Teruskan membaca

mengusik 10

Petang itu nuar teluk intan telefon.  Mahu bertandang ke rumah bujang aku.  Ada hal. Mahu minta bantuan.  Aku tunggu.  Malam nanti. Maghrib dah masuk.  Man Talib ke surau, aku tidak. Aku ke bilik mandi untuk wuduk.  Buka pili.  Tiba-tiba nampak di kornea mata orang mendarat di luar pagar hadapan rumah.  Turun perlahan macam spaceship cerita orang USA. Macam wayang gambar; macam … Teruskan membaca

Mengusik 8

Kisah ini sebelum aku buat degree.  Zaman itu bukan macam zaman sekarang.   Internet luas.  Aku pula selazimkan diri berjumpa pak din setiap malam selasa dan malam ahad.  Nak jumpa pak din ini pun bukan senang, aku pakai cable nuar teluk intan. Malam itu adalah malam selasa.  Tarikh aku dah lupa.  Malam itu, memang rasa malas … Teruskan membaca

Mengusik 9

1993 adalah tahun satu dalam degree.  aku masih berumah di 373 yang ada pokok mangga tu.  Petang itu jam 2 aku sampai di rumah.  Buka sliding door, Yop dan Man Talib duduk berhampiran satu sama lain.  Pelik kelakuan dorang nih, sebut aku di dalam hati. Gelembai7! yob bersuara Ada apa! aku. Cuba ko ke bilik … Teruskan membaca

Mengusik 7

Aku tamat diploma.  Dapat tawaran jadi kuli penyelidik.  Aku sanggup.  Petang itu yang tarikhnya aku dah lupa;  aku dan mahmood selesai membuat biopsy kulit 4 jenis haiwan ruminan jenis bos indicus:KK dan KK hibrid. Jam 3, solat pun belum.  Bau selut tanah, bau tinja semerbak, tambah bau peluh sendiri.  aku balik untuk mandi.   rumah 373 itu tidaklah aneh tetapi ada … Teruskan membaca

Pitstop

Aku pergi ke ke rumah Hazura untuk ambil flyers.  Dekat dengan Curve, dekat dengan Suria Condo.  Jam 9 selepas puas melilau.  Banyak rupanya buah langsat mereka jual di tepi jalan.  Tugas selesai tetapi perut menjerit. 9.15 malam Nouvo S terus dipacu, mencari kedai.  Nampak Pitstop,  Pelangi Damansara.  Ada kepak bakar, ada sate.  Singgah.  Sup ekornya boleh … Teruskan membaca

Mengusik 6

Jelawat. 1989. Sabtu.  Pagi itu aku mendapat tanda.  Bau hangus. Koma bertindih.  Kayu hangus. Hati tak sedap.  Zaman itu mana ada hanpon.  Turun ke kawasan pentadbiran.  Telefon awam.  Innalilah….hirojiun.  Kedua-duanya rosak. Aku kena balik, getus hati. Jam 5 petang sampai di batu lima, Kedai Ong Tai Kim masih ada.  Lee Rubber dah kena sodok.  Air … Teruskan membaca