Posted in Mac 2012

Debar

ada rasa. dalam dada. dag dig dug, dag dig dug.  berulang-ulang.  berirama. dalam gelap  cuma ada lampu di tangan. suluh.  suluh.  nampak putih.  lembaga! tiba-tiba muka rasa pedih dan dengar bunyi buk! buk! buk! aku buka mata! nampak hadi sedang gawang-gawang tangannya tinggi dan dihempas ke muka aku duk! pedih! aku mimpi!

Bocor

Lap selekoh sana.  Lap selekoh sini.  Pussssssss…… Bocor!  Ranap RM110.00 Apa dapat?  dapat tayar baru dan letih menyorong ke bengkel.

Nak jadi ahli tak?

Majid cari aku.  nak minta jadi ahli persatuan.  persatuannya gagah amat tapi orang ramai tak tahu. Aku cakap, kalau presiden kau sama gagah dengan Umar Usman dari quepeks tu, aku masuk persatuan kau.  kalau kau rasa presiden kau bertestis tapi lembik macam pembalut lepat lebih baik kau suruh senah saja yang masuk.

SBPA

Senah kata patah balik ke SSM rugi.  Katanya lagi SBPA ada 2 kenaikan tapi SSM satu saja. Aku kata, tak pa la senah, dah bukan rezeki harimau, nak buat macam mana.  Lain kali kau cakap kat kuepeks, nak melaung pun pun biarlah untung.  Sekarang masuk angin keluar asap.

hilang jantan kamu

paraben sulfate propylene glycol polyethylene glycol baca pada senarai bahan di botol syampoo-syampoo, deoderan-deoderan, pencuci-pencuci muka,  foam-foam cukur dan bahan kumuran.  awas, agar jangan ada bahan-bahan ini.  disyaki boleh menurunkan hormon jantan kamu. kamu mahu?

Tok yang ku sayang (26 Feb 2012)

Esok masuk seminggu.  Tok pi meninggalkan aku, mak aku, adik-adik aku, anak-anak dia, cucu-cucu dia.  kami semua. Tok ini yang ajar aku mengenal TUHAN; apa-apa pun untuk TUHAN dan kerana TUHAN.  apa-apa pun baca bismillah untuk mula buat sesuatu. Tok ini yang ajar aku erti LAILLAHAILLALLAH – tiada tuhan melainkan ALLAH. Tok ini yang mengajar … Teruskan membaca

gelembai rasa nak ……

CEO marah-marah.  lambat.  lambat.  kena cepat semua.  ini salah kamu.  kenapa tak cakap dengan seksyen lain.  kenapa mereka lambat.  kamu tak call ka? Aku.  tunduk.  malas nak lawan.  nanti aku keluarkan bakat aku, kamu jadi patung.  bukan nak riak.  tapi panas dah meluap-luap. Pakcik CEO, seksyen lain yang lambat respon,  call sudah,  bincang pun sudah.  … Teruskan membaca

Nak mengeyoi pulak

anwar telefon.  katanya: aku nak datang singgah dengan anak buah aku. aku kata:  eh! datang la.  semusim dah tak nampak muka kau. sampai. anwar kata:  aku nak mengeyoi, ajar boleh? aku kata:  kau dah grand master tak payah lah.  ilmu ini untuk orang tua macam aku.  kalau aku bertingkah maka kau akan jadi super grand … Teruskan membaca

Nak memarang?

mie bertandang.  mie kata:  saya nak memarang, boleh ka? aku kata:  kalau berani datanglah mac ni, aku  tunggu parang kamu. jangan lupa bawak sorang lagi.  kalau barang 10 pun aku tak lari. begitulah riaknya aku pada malam itu.