mengusik 10

Petang itu nuar teluk intan telefon.  Mahu bertandang ke rumah bujang aku.  Ada hal. Mahu minta bantuan.  Aku tunggu.  Malam nanti.

Maghrib dah masuk.  Man Talib ke surau, aku tidak. Aku ke bilik mandi untuk wuduk.  Buka pili.  Tiba-tiba nampak di kornea mata orang mendarat di luar pagar hadapan rumah.  Turun perlahan macam spaceship cerita orang USA. Macam wayang gambar; macam mana aku boleh nampak di luar rumah sedangkan aku dalam di bilik mandi di belakang rumah? layan ja.

Ada tiga orang, 2 kecil macam anak dia, satu besar gemuk.  Semua pakai baju arab macam kisah 1001 malam.  Berdiri macam atas tikar sama macam kisah 1001 malam. Rasa nak ketawa pun ada sebab ketiga-tiganya nampak sangat comel.  Yang kecil jubah putih dengan baju layang warna merah terang, serban pun putih juga.  Yang besar, jubah kuning, serban berkilat dan baju layang hijau berkilat.  Habis wuduk, aku ke depan rumah nak tengok. Hah! memang betul, ketiga-tiganya ada di situ.  Kami berpandangan tapi diam.

Usai solat, nuar sampai dan anak-anak murid sekolah tekniknya.  Selesai bertanya khabar. Aku tanya pasal 3 ekor jin depan rumah aku yang sampai awal sikit dari dia.  Nuar tersengih.  Nuar kata itu hadiah dari seseorang.  Dari seorang tua. 

“Aku ada masalah” kata nuar.

Aku tenung muka nuar, aku simpati.  Aku rasa masalahnya sangat besar tapi macam mana aku nak tolong, aku pun belum pandai.

“3 makhluk depan rumah kau adalah sebagai satelit pengesan  kepada tuan dia kalau aku ada masalah serangan sihir” kata nuar lagi.  Kami  berborak sampai penat. Akhirnya, ketiga-tiga mahluk comel itu terbang menghilang diri.

Nuar kata “bila dah sah kawasan aku masuk itu selamat, dorang akan beredar pergi”.

Aku pun ketawa “best la kau ada bodyguard, nanti aku turun tempat kau, lihat apa yang boleh diusahakan”.

Advertisements

One thought on “mengusik 10

  1. At this time it sounds like Expression Engine is
    the preferred blogging platform out there right now. (from what I’ve read) Is that what you are
    using on your blog?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s