Posted in April 2009

suka selak kain dalam

meah. wanita yang lahirnya urban. rambut dilepas bebas seperti mana penceraiannya itu. dulu dia wanita urban yang sopan dan ayu. kini tinggal kenangan saja. hari ini meah begitu ranggi. bukan saja rambut tapi juga pakaiannya, ketat dan sendat. meah tak rasa malu lagi walaupun anaknya lima berderet. mata lelaki bungkam dan bagai mahu menggonggong buah … Teruskan membaca

tang dan dinasti tang

tang yang aku kenal adalah seorang lelaki cina. tak lama lagi usianya akan menjejak 40 tahun. aku dan dia adalah kawan. kami adalah bekas penghuni pusat penghijauan malaysia, dulu. perkara yang membezakan kami ialah aku muslim manakala dia kafir. walaupun kafir dia amat baik kalau dibandingkan dengan kawan muslim yang lain. kalaulah aku ada kawan … Teruskan membaca

cium berahi

mira perempuan yang dulunya sundal. dulunya sial. langganan lelaki kaya wang. walaupun hanya di hujung minggu. bermodal kulit melepak, gebu dengan losyen mewah. bibir mengelembung seksi. bulu mata melentik dibuat-buat. rambut berbelak perang. alur dada yang dalam ditunjuk-tunjuk. buah susu dihayut-hayut. kulit lengan bagai sutera, halus mulus. tubuh disembur dengan haruman berahi. semua kerana cinta … Teruskan membaca

jurujual melayu

malam. waktu senggang diisi dengan tarikan teh. mamat insuran duduk sebelah aku. chot chet chot chet bercerita kepada aku dengan sungguh-sungguh sambil aku hirup teh dan angguk-angguk. kemudian aku pula bercerita. ngok ngek ngok ngek dengan sungguh-sungguh tapi dia tunduk ke bawah kemudian terus bersembang dengan rakannya di sebelah. agak-agaknya siapa yang kurang ajar?

gatal-gatal

aku. rasa sungguh gatal-gatal. pada tangan dan jari. bukan apa, sebab dah lama puasa. dari, mengetuk-ngetuk keyboard desktop ini. lama. lama sudah. kerana bukan sengaja, internet line yang korup. akhirnya facebook pun tak jalan dan yang ini pun tak jalan. hari ini juga, aku berkeputusan tak mau komen apa-apa lagi mengenai politik. politik menyebabkan aku … Teruskan membaca