Posted in November 2006

neraka

jigoku maknanya neraka dan di sini, di bandar kecil ini banyak neraka-nerakanya. pelik sungguh kerana manusia berasa seronok ke neraka-neraka ini. aku pun teringin mengunjunginya. melihat neraka-neraka ini yang jaraknya tak sampai sepuntung rokok. Advertisements

yabakei

hujan merintik-rintik daun menguning, gugur menjadi perang, orang dan kereta-kereta bersimpang siur jalan yang basah dan meriah semua bagai syurga pemandangan memukau penglihatan ajaib dan menakjubkan hati. masyallah tuhan kau sungguh maha adil kepada kelompok manusia jahil.

AP & wang

anak nusantara pun bertanya, bang! kau tak mahu bawa balik keretakah? aku pun menjawab dengan soalan, kenapa? kau nak tolong beli untuk akukah? anak nusantara pun jawab, tak, tak! aku cuma bertanya. rugi kau tak bawa balik bang! aku tanya, kenapa? anak nusantara, kereta “2nd hand” murah dibeli untuk untuk jangka masa panjang, lagi pun … Teruskan membaca

aiskrim

kalau ada hajat nak makan aiskrim yang murah harganya, makanlah pada waktu sekarang. lepas makan boleh duduk depan penunu atau mandi di “hot spring”. sebab suhu makin sejuk. sekarang ini pun dah 15 darjah celsius, itu pun bawah sinar matahari. mengigil sejuk sampai ke sum sum.

slr

sudah aku jangka sejak azali, memiliki slr tidak menjanjikan apa-apa. kerana ia sesuatu yang perlu disertai dengan proses pembelajaran. ia bukan satu cara menikmati yang tersedia seperti kompak. slr harus dipelajari bagi mendapat hasil sebelum boleh menikmatinya. slr boleh terpacu dengan jaya jika segala picunya dikuasai dengan baik. sedang penggunaan kompak adalah seperti perempuan-perempuan muda … Teruskan membaca

di deitek

mari atau tomu akan marah-marah, kalau aku mencuci cawan minuman sendiri. mari atau tomu akan terus marah-marah, kalau aku masih berdegil untuk membasuh cawan minuman sendiri. mari. tomu. berkatalah mereka, membasuh cawan malah pinggan atau “bowl” sekalipun merupakan tugas wanita. tugas wanita di jepun ini. orang jantan seperti aku jangan cuba mencampuri tugas wanita sepertinya. … Teruskan membaca

mambuhay

ramos datang lewat 10 minit. ramos masuk dengan wajahnya yang serius itu. pada ketika dia mula bercakap-cakap, kertas-kertas dilempar-lemparkannya, jari ditudingnya ke sana sini. dia bercakap tentang perang dunia ketiga yang boleh bermula dengan segelas air, teknologi dari filipina dan bingkai cermin mata tanpa cerminnya, bercakap tentang nilai-nilai agama islam dan kristian, bercakap tentang kuasa … Teruskan membaca

obakek

betul kau pernah lihat hantu? pernahkah? zam. mmmmmmm…dan aku tersengih bolehkah aku melihat hantu? zam. mmmmmmm… dan aku tersengih bolehkah kau menunjukkan hantu kepada orang lain? zam. mmmmmmm…dan aku tersengih dan mula menyerigai eh kenapa kau menyerigai hah? zam, mmmmmmm……. dan aku terus menyerigai kerana aku nampak ada obakek duduk di atas bahu zam.

watak

sekarang kau menulis cerita-cerita misteri. apa kau ingin jadi tomor jolis penulis paranormal yang hebat itu? inspektor sahab. tak! tak! aku. jadi kenapa? inspektor sahab kenapa apa? aku kenapa kau menulis cerita-cerita ini? ini cerita tahyul tau. inspektor sahab. cerita ini satu fantasi. salahkah? apakah kau tak pernah menonton cerita “perang angkasa”, itu juga fantasi … Teruskan membaca

mengusik 3

hari itu, latihan pesawat-pesawat TUDM sempena hari Kebangsaan membingitkan kawasan kg kongo, pagi-pagi lagi. maklumlah kg kongo dan lapang terbang tak jauh. dekat-dekat cuma tapi kalau nak berjalan kaki berpeluhlah ketiak-ketiak. hari itu juga, sebenarnya aidil-adha, hari orang membuat korban lembu dan kerbau. aku. aku tak pulang pun. aku nak habiskan masa di asrama bersama-sama … Teruskan membaca