Posted in September 2006

papak

papak adalah seorang ayah. papak bukan seorang yang serba serbinya ada tetapi di waktu-waktu ramadan seperti sekarang papak akan berjamu sakan. hebat menu papak semasa berbuka puasa. kalah bangsawan-bangsawan negara. walaupun begitu hidangannya hanyalah dalam pinggan-pinggan ayan. bukan dari jerman, bukan dari tanah inggeris jauh sekali dari tanah kesatuan amerika. papak kata dia hendak menjamu … Teruskan membaca

bodoh piang

kawan aku yang namanya tak perlu disebut, datang dari satu kawasan di negeri lindungan bulan dan suka sangat bercampur dengan masyarakat siam, sering mengungkap dua patah perkataan iaitu “bodoh piang”. perkataan ini akan digunakannya ketika berdepan dengan orang-orang bodoh tentunya, berfikiran seperti kanak-kanak, suka merajuk, suka mengadu-domba, suka melaga-laga orang, suka membalas dendam tanpa hujah … Teruskan membaca

tertangguh

hari ini masuk minggu kedua buku “AYAH KITA BOS” dalam tangan dan aku belum mahu menyelak-nyelak. bini aku pun meminta-minta untuk membacanya. aku kata tunggu. tunggu untuk aku layangkan wang kepada AhSuez, gadis comel yang bakal bernikah tak lama lagi. bini aku tanya kenapa? aku kata, itu prinsip aku, lunas baru boleh baca sebab itu … Teruskan membaca

konni

konni kata dia tunggu di akuarium. ye lah nanti aku datang. di akurium itu, aku, anak aku, bini aku membundarkan mata untuk melihat sekeliling. mana konni? mana konni? dan kawan seperjalanan aku, si mariam dan familinya tiba setelah sekilas aku nampak si konni. si konni kali ini jauh “fashionable”, berambut lurus seperti wanita jepun yang … Teruskan membaca

monkun

monkun yang berwajah seperti jetli itu, pagi-pagi lagi sudah dimarahi. masuk ke makmal tak lapor diri kepada penyelia. terkulat-kulat mukadia. budak muda macam itulah. tak apa, tak apa tabahkan hati monkun, esok-esok kau akan lebih matang. tsuruta, beppu