Mengusik 12 D

Tahun itu 2005, aku sudah tidak boleh menolak untuk ke pulau selatan, penguasa puncak gunung sepakat menerima aku.  Musim panas hampir tamat, aku sudahpun berkemas-kemas.  Segala barang sudah diangkut oleh KuroNeko, cuma beberapa helai pakaian cukup untuk aku, bini dan anak-anak untuk ke sana.  Kami dan sekeluarga lagi melayu merentas pulau utama dengan shinkansen ke menuju ke kyoto dan kobe untuk beberapa hari.  Petang hari terakhir kami menaiki feri ke pulau selatan dan setibanya di pagi esoknya kami disambut senpai-senpai dan diraikan dengan baik.  Suhu semakin dingin dan petang itu, kami dibawa ke rumah sewa yang baru.

Kurang 3 hari, segala barang yang dipos ke flat kami pun sampai dan aku berkemas hingga selesai. Malam keenam masih mengujakan, aku duduk sendirian di bilik paling kecil dan dianggap paling sesuai dijadikan bilik benkyou.  Coklat panas aku sirup perlahan-lahan di kala bini dan anak-anak telahpun tidur.  Sedang aku  berehat tanpa disangka-sangka terlihat aku akan sekujur bayang tubuh sedang berdiri di pintu merenung ke arah aku.  Aku renung kembali dan kami berbalas pandang.  Kami berkomunikasi dan dia hanya mahu melawat orang-orang baru pindah ke kawasannya.  Wah! aku dah jumpa abang kawasan rupanya.  Cukup 5 minit, aku bangun menempuh tembus tubuhnya.  Kami bersurai.  Lelaki setinggi 6 kaki dan berpakaian dari kain guni itu tidak lagi aku temui selepas itu.

Tinggalkan komen