Filed under enche yoi dan che belian

Nak mengeyoi pulak

anwar telefon.  katanya: aku nak datang singgah dengan anak buah aku. aku kata:  eh! datang la.  semusim dah tak nampak muka kau. sampai. anwar kata:  aku nak mengeyoi, ajar boleh? aku kata:  kau dah grand master tak payah lah.  ilmu ini untuk orang tua macam aku.  kalau aku bertingkah maka kau akan jadi super grand … Teruskan membaca

Nak memarang?

mie bertandang.  mie kata:  saya nak memarang, boleh ka? aku kata:  kalau berani datanglah mac ni, aku  tunggu parang kamu. jangan lupa bawak sorang lagi.  kalau barang 10 pun aku tak lari. begitulah riaknya aku pada malam itu.

kain

dua malam kelmarin, aku pun ke rumah pak nal. saja nak bersembang-sembang sambil hirup teh tarik bikinan Nana, anak tunggal pak nal. tak lama berbual-bual, pak nal dalam tak semena-mena bingkas bangun, menyelongkar beg lusuh itu. nah! kain hitam berlilit diserah kepada aku.  aku bingkas sambut.  penuh bangga.  aku diiktiraf pak hussin.  pak hussin masih ingat … Teruskan membaca

kami tinggalkan satu daerah

pak din menelefon. mahu ke mari. mahu bertemu dengan aku. mahu berkata sesuatu. sudah uzur rupanya pak din. 3 tahun yang lalu tak seperti hari ini. dia benar-benar uzur. aku jadi sebak. melihat seorang mentor yang akhirnya menjadi pasrah pada takdir Zat yang Agung. kami bertemu tapi bukan pada hari ini. aku mahu ke pejabat … Teruskan membaca

pertemuan

bersalam dan berjabat tangan membuatkan aku jadi gembira. pak nal, sarjan dan sdr idris selamat bertemu. kalian semua tidak banyak berubah. cuma pak nal yang makin kuat sakit-sakit kakinya. malam ini kita jadi perwira sebentar. perwira-perwira yang semakin tua. kederat pun makin hilang. mari. mari kita melangkah lagi, sambil kita bertingkah dalam santun.

rasul itu adalah namanya

itu rasul, itu namanya, jangan kau salah faham. dia bukan menyebar agama dan bukan pula mengamal ajaran sesat, jangan kau salah faham dengan namanya, jangan pula kau mengata apa-apa tentang namanya itu. rasul ini aku kenali sejak lama dulu. lama. memang lama. tubuhnya rendah tapi tegap dan kemas. perwatakannya dan pergerakannya rapi dan kumisnya menambah … Teruskan membaca

Pantang orang bugis

Cerita diperolehi dari seorang tua yang suka mengamati perbuatan orang lain. Kata orang Temasek ini; orang bugis kalau makan ikan goreng dalam pinggan, tidak akan membalik-balikkan ikan tersebut. Sekiranya sebelah sudah habis dicubit-makan, maka tulang yang ternampak akan dipatah dan dicabut keluar, kemudian barulah sebelah lagi dicubit-makan. Untuk membalikkan ikan itu tidak sekali-kali. Itu memang … Teruskan membaca

Yoi Code

yoi yang diingat ialah lompat-lompat. lompat sana. lompat sini. yoi yang diingat lari-lari. lari ke kanan. lari ke kiri. yoi yang diingat elak-elak. elak ke kanan. elak ke kiri. yoi yang dingat adalah lenting-lenting. lenting belakang. lenting depan.lenting kiri. lenting kanan. takrifan itu silap. itu takrifan sekunder. takrifan pecahan. yoi asli adalah katok-katok. yoi asli … Teruskan membaca

papak menelefon

papak telefon dari jauh, sanggup, kerana rindu sahabat lama. kelmarin, dalam nadanya yang lemah longlai. papak kata tak sihat. papak sakit. badan papak lemah-lemah. jantung pun berdengup perlahan. urin pun bergula. bila berjalan rasa seperti mahu tersandung. papak pernah rebah. papak pernah jatuh. dalam bilik tidur. dalam tandas. papak pernah kena strok. papak tak kuat … Teruskan membaca

Adat hulubalang

3/2/2006 Masing-masing sudah pun sampai, duduk-duduk sambil bersembang kecil. jam tepat 11.00 pagi. dua pemuda itu dari tadi duduk bersila, segak lengkap berpakaian hitam. tokcik dan pakdin sibuk memeriksa barang-barang, cukupkah? pisang, asam, garam, bunga 7 jenis 7 kuntum mesti ada, segeluk air siap tersedia, jarum, lilin, limau dan sintok. semua sudah ada. semua sudah … Teruskan membaca