Mengusik 7

Aku tamat diploma.  Dapat tawaran jadi kuli penyelidik.  Aku sanggup.  Petang itu yang tarikhnya aku dah lupa;  aku dan mahmood selesai membuat biopsy kulit 4 jenis haiwan ruminan jenis bos indicus:KK dan KK hibrid.

Jam 3, solat pun belum.  Bau selut tanah, bau tinja semerbak, tambah bau peluh sendiri.  aku balik untuk mandi.   rumah 373 itu tidaklah aneh tetapi ada kala nampak suram.  ada jiran kata bekas tapak perkuburan.  entah, cerita sama saja di mana-mana.  kalau tak kerana bekas tapak kubur, mereka akan kata kawasan kuil, aku biarkan saja apa jiran-jiran nak kata

Dalam.  Rumah sunyi sepi, semua keluar.  Aku cuma seorang.  Coverall yang busuk direndam sabun.  Pancur dibuka dan air mengalir deras.  Ada nyanyian kecil lagu Ekamatra.  Tutup.  Sabun.

Tup! Tup!  Daun pintu bilik air diketuk orang.  Aku buka.  Tak ada siapa pun.  Tutup semula.  Bunyi selipar orang berjalan betul-betul di hadapan pintu bilik air.  Ketukan sekali lagi.  Ada bunyi orang batuk-batuk.  Aku buka.  Jelas tak ada sesiapa.  Hati nak marah.  OIT! KO TAK HENSEM LA. PEGI BERAMBOS!!!.  Aku bentak dengan kuat.  Tutup pintu.  Sepi, 1 minit, 5 minit, sah mamat ghaib dah pergi, kemudian aku buka pancur sampai selesai mandi. Solat.

-1991-

Nota:  Mahmood adalah lelaki kurdis dari Iraq, pelajar PhD dan punyai 2 anak yang sangat comel.

Tinggalkan komen