Mengusik 9

1993 adalah tahun satu dalam degree.  aku masih berumah di 373 yang ada pokok mangga tu.  Petang itu jam 2 aku sampai di rumah.  Buka sliding door, Yop dan Man Talib duduk berhampiran satu sama lain.  Pelik kelakuan dorang nih, sebut aku di dalam hati.

Gelembai7! yob bersuara

Ada apa! aku.

Cuba ko ke bilik paling belakang, boleh? yop.

Eh! kenapa? ada orang pecah masuk ka? aku.

Ko pegi je lah. yop.

bilik belakang, aku masuk.  elok. semua ok.  tak ada kesan pecah masuk.  biliknya pun bau wangi.  aku jalan ke ruang tamu.

Yop! biasa je bilik belakang. aku.

Kau tak bau apa-apa ka? Man Talib.

Ada, wangi je. aku.

Kau tak perasan ka bau kapur barus tu.  Yop.

Aku tepuk dahi.

Betul! Bau kapur barus. Kau syak ada hantu ya? Takpa….. Aku.

Yop dan Man Talib tunggu ayat aku selanjutnya.

Ok! Yop ! Kau pergi buka semua tingkap dan pintu dapur kat belakang. Aku.

Man! ikut aku bawakan shelltox sekali. Aku.

Nak buat gelembai7? Man.

Kau tengok nanti, bau mana lebih kuat, shelltox ka kapur barus ka. Aku.

Kami bergerak.

Man berjalan di belakang.

Bilik, aku masuk.  Dan sembur.  Dan aku pun menyumpah seranah apa saja yang ada di dalam bilik.  Selesai dalam seminit.  Kami keluar.  Ruang tamu

Tunggu 5, 15 dan 20 minit.  Tingkap bilik belakang aku buka. Ruang tamu.

Tunggu 10 minit lagi.  Aku suruh man talib dan yop pula ke bilik belakang dan lapor kepada aku.

Selesai, semua bau hilang.  Man Talib gembira sebab itu bilik dia dan Yop tersengih-sengih macam biasa.  Cerita aku kena usik masa mandi tahun sebelumnya aku simpan saja sebagai memori.

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s