Posted in November 2005

Terngiang

terngiang-ngiang dalam telinga ini tangisan anak itu, sakit katanya. merintih kesakitan. kesian anak itu, si bapak menjentik telinganya sekuat hati bagai anak itu bagai tiada deria sakit. makin menangis makin dijentik telinga itu. anak itu masih kecil, masih tak mengerti apa-apa. mengapa dijentik telinganya. masih lembut cupingnya. hei bapak betapa tololnya engkau. anak itu darah … Teruskan membaca

Fikir sendiri

perlu ke kita cari permusuhan? atau melebarkan permusuhan? mampu ke kita menghadapi serangan musuh-musuh yang mula bersekutu? kenapa perlu buruk orang lain dan mencipta musuh baru? ada faedah ke? 19 november 2005

Lama tak bercerita

petang tadi bersembang siber dengan kerani di tempat lama. sihat katanya. sekarang tempat tinggal dan pejabat pun dah tak jauh seperti dulu. alhamdullilah syukur kepada Tuhan diberikan keringanan dalam bertugas. pegawai atasan tak ada katanya kecuali sdr masri, semua keluar bersidang dalam sebuah persidangan. bos aku dulu ke sana juga. bos yang baik. maaf bos, … Teruskan membaca

Tak kembali

sekali sekala masak-masak macam dulu, waktu bujang dulu, masa tahun akhir pengajian dulu. memang seronok. nasi putih panas, telur mata kerbau, bubuh sos cili aminah hasan dan kicap tamin dan dimakan terasa ni`kmat. masa yang kurang, kerja sekolah yang bertimbun, perlu diselesai segera. mana ada masa nak berseronok. sekali sekala macam tahun akhir dulu, dikenang … Teruskan membaca

Dia kata begitu

profesor faulkner berkata bahasa-bahasa yang banyak dalam dunia ini akan menyusut bilangannya. contohnya dari bilangan yang dituturkan sebanyak 6000 bahasa akan tinggal 500 ratus sahaja. itu pun kalaulah globalisasi semakin menganas. justeru, terfikir sejenak, apakah yg akan terjadi kepada bahasa melayu kalau perkara seperti yang diperkatakan itu jadi kenyataan. secara rasionalnya bahasa melayu yang menduduki … Teruskan membaca

Lihat itu

dia akhirnya berjaya. berjaya mengatasi obstikal dalam dirinya. mengatasi kelemahan dirinya. mengatasi sifat introvet dalam dirinya. dia masih diberi dorongan agar keluar dari kepompong kejumudan. supaya bersaingan seiringan dengan ekstrovet. bereksperimentasilah dengan ilusi. mencipta peribadi sendiri atas paksi jatidiri. lihatlah. cahaya semakin terang. tangan ini semakin ringan memimpinmu. agar kau boleh bertatih sendiri. tapi jangan … Teruskan membaca

Raye

(awas ini bahasa slanga) tiap2 tahun raya. apa itu raya. ada paedah ker. makan dan makan boleh hati jadi buta tau. kalau gitu hari raya jgn makan. makan bila lapar. tapi kalau tak makan org kata tak sudi pulak kan ker susah. jadi kenalah makan. raya2 elok ziarah kawan2 boleh juga pahala. kalau kat rumah … Teruskan membaca