Mengusik 6

Jelawat. 1989. Sabtu.  Pagi itu aku mendapat tanda.  Bau hangus. Koma bertindih.  Kayu hangus.

Hati tak sedap.  Zaman itu mana ada hanpon.  Turun ke kawasan pentadbiran.  Telefon awam.  Innalilah….hirojiun.  Kedua-duanya rosak.

Aku kena balik, getus hati.

Jam 5 petang sampai di batu lima, Kedai Ong Tai Kim masih ada.  Lee Rubber dah kena sodok.  Air sungai sudah jernih.  Bas Len Seng masih berpenumpang.

Jam 5.05 petang, lalu depan Jabatan Pertanian Daerah dalam 50 meter, honda C70 dipacu masuk ke kawasan berpagar.  Mak tak tahu aku dah sampai.

Daun pintu diketuk dan salam diberi.  Mak buka pintu dan tangan aku diseret ke belakang rumah.  Mak tunjuk gobok lauknya.

“Hang tengok tu! Awal pagi tiba-tiba terbakar dan berasap.  Dan tiba-tiba dia padam.”  Aku tengok muka mak.  Mak keriut.  Aku angguk-angguk

“Mak, saya sudah tahu, itu sebab saya balik tergesa-gesa”.  Noktah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s