Posted in Januari 2006

dulunya cyborg

dulu dia dikenali sebagai manusia cyborg. dan dipanggil juga manusia robot oleh teman serumahnya. dia tiada perasaan belas jauh sekali perasan kesian. jiwanya amat teguh dan keras pendiriannya. dia tiada perasaan untuk menyayangi atau disayangi. dia tidak memerlukan sesiapa di sisinya kerana pada dirinya, dia boleh melakukan semua. dia tak peduli langsung apa orang nak … Teruskan membaca

Berkumandangnya

26/1/2006 – berkumandangnya dia datang memberitahukan aku sesuatu. tika azan, berhentilah segala, pejamkan mata, dengarlah dengan telinga, ikutlah bersama di dalam hati dan selang seling dengan menarik nafas yang panjang. redha dan pasrah.

jalur langit

dsc06056.jpg nun itu jalur langit tapi aku tidak mungkin terbungkam. bukan mudah untuk aku pesona. seusia tuanya jalur di langit itu membiru tidak mungkin aku terlena asyik. bagi anak muda mungkin ingin sering mahu bersiul, bercicapan di mulut. sedang ia benda berguna bukan itu untuk dikagum semata. jalur langit yang tua tapi sinaran masih berbisa. … Teruskan membaca

Dia punya bas

kalau naik bas, pastikan nanti anda ambil tiket. tak payah bayar dulu. ambil tiket di mesin dan duduk. tengok tiket tu, tengok dia tulis nombor berapa. tengok tau sebab nanti kalau nak turun kena bayar ikut nombor tu. nilai bayar bertambah setiap kali anda bergerak lebih jauh, cuba lihat di papan elektronik sebelah supir nanti. … Teruskan membaca

Kata-kata itu

tok kata kalau buat sesuatu buatlah kerana Allah. dia akan mengulangi kata-kata itu setiap kali kami bersua muka. setiap malam sebelum tidur, kata-kata itu berulang dipendengaran.  bingung. tak faham. tapi mencari. mencari maksud disebalik kata-kata itu. puas sudah bertanya sana sini. puas juga tanya ustaz dan ustazah. tapi tak dapat mereka memberikan jawaban yang memuaskan … Teruskan membaca

Ayam

21/1/2006 – ayam Di sana tu ada sereban ayam yang letaknya nun meninggi di atas bukit. sesekali kalau tengok boleh rasa gayat dan sayup. ayam di situ banyak sekali, warnanya macam-macam, duduk dengan sungguh harmoni dalam sebuah reban yang atapnya merah bata. majmuk dan mesranya tidak terhingga. Kadang-kadang berlebih-lebihan pula. ayam di situ ditempatkan seperti … Teruskan membaca

Jeneral

di padang hijau itu, aku menerima amanat penting, menjadi seorang jeneral. jeneral dengan hanya 10 orang perajurit. apa yang harus aku pimpin kalau perajurit hanya 10 orang. bukankah musuh di sana amat ramai? apa harus dibuat? aku harus bertindak. ya bertindak, mula dengan merancang, kemudian aku atur, kemudian aku laksana. tapi bolehkan dengan hanya 10 … Teruskan membaca

Sin kedua

malam pertama datang seperti yang dijangka. sang anjing, seekor hitam dan seekor putih mula masuk dan berkeliling di tengah laman sebagai tanda permulaan acara, tanpa lalakan. hawa semakin dingin. bulan mengambang penuh, berbogel tanpa sejalur awan. suasana semakin sunyi. tengah malam. tiba sekawan kelawar berterbangan ke sebuah bilik yang penuh dengan manusia yang menanti. sekuat … Teruskan membaca

Siapa kata kita kuat

semalam di TV ada siaran jantan China mengangkat 100kg benda berat dengan kemaluannya kemudian jantan yang lainnya menjilat besi yang panas membara. malam sebelumnya pula ada jantan-jantan Jepun memijak-mijak bara dari kayu yang dibakar, kemudian dalam “scene” lainnya larian beramai-ramai atas tikar yang dihampar di atas permukaan air sungai. suasana ini mengingatkan aku tentang gah … Teruskan membaca

Sin pertama

di surau sedang aku mengelamun, datang si hafizi, bersungguh-sungguh nak kata sesuatu. abang, abang. hmmmmm. diorang semua kat atas tu. hmmmmm diorang semua menunggu….dari pukul 10 tadi buat apa nak tunggu, tetamu tak datang malam ni. habis bila nak datang, bang. memang betul malam ni malam jumat bulan penuh tapi tak kan datang punya pasal … Teruskan membaca