Mengusik 11

Teluk intan.  Aku tuju, sabtu. Nuar menunggu.

Dalam bas dari Pudu Raya aku hanya berzikir dalam hati tanpa putus.  Aku tak tau apa bantuan boleh diberi kepada Nuar tapi dia kawan aku.  Pengetahuan yang ada pada aku mungkin secebis sahaja tapi masalah yang dihadapi bukan kecil.   Serius, masalah Nuar besar, ujian kebatinan dan zahir.  Tak cekal bakal tumbang.  Ini masa Nuar, dulu aku dah berdepan dan hampir hilang iman. Ini juga ujian iman untuk Nuar.  Aku tak tau apa nak dibantu.  Ilmu dah lama aku pendam dan kalau nak buka kembali, itu  satu kerumitan sebab telah tertulis dalam perjanjian kerohanian.  Aku perlu tunggu tamat pantang.

jam 4 petang sampai.  nuar dah tunggu lama.  kami terus ke asrama sekolah.  lama kami berbual, Nuar perkenalkan anak-anak didiknya; kejadian-kejadian yang berlaku diterangkan secara terperinci.  Semua anak-anak muridnya kena serangan tak kira malam atau siang.  Termasuk dia sendiri, ada orang tua yang buat permainan ini, sebab jenis kaki dengki dan iri hati.

Muka nuar redup, aku kesian.  Aku mencadangkan dia jumpa Naga Bora Dari Selatan, Nuar angguk lemah.  Ini permainan aku tak boleh terlibat penuh.  Aku bantu mana yang kritikal saja.  Nuar kata Pak Tua nak jumpa aku malam ini, dia tahu aku dah sampai.

Malam.  Selepas isyak.  Nuar memanggil semua anak-anak muridnya berkumpul.  Suasana hening, mereka tertunggu-tunggu sesuatu.  Tak semena-mena seorang budak perempuan rebah.  Rakannya memangku.  Kemudian, matanya celik semula dan bercakap dengan nuar.  Nuar memanggil aku, Pak Tua nak bercakap.  Pak Tua bersuara garau bercerita, meminta aku bantu dan memberikan beberapa amanat.  Aku dengar saja apa yang dicakapkan oleh jin ini.  Nampak niatnya baik tak tahu setakat mana hasratnya itu.  Kemudian dia rebah.

Budak perempuan yang rebah itu tiba-tiba meraung dengan suara yag dalam.  Nuar minta bantu untuk Pancung Maya, serentak.  Budak itu kembali rebah.  Serangan telah sampai.  Dengan mata hati, serangan adalah dari segala penjuru, api dan pancaran cahaya, kami macam berada di medan perang.  Zikir menjadi senjata pada malam itu.  Mujur tak tembus kulit.  Anak-anak murid nuar telah disiapkan awal-awal lagi, tiada siapa pun yang cedera zahir dan batinnya.  Budak perempuan yang jadi perantara itu masih tak sedarkan diri.   Jam 3 berhenti semuanya dan  kami tidur kerana letih, budak-budak perempuan tidur berasingan.  Malam itu, nuar kata sangat teguh benteng mereka, nuar gembira, nuar ucap terima kasih.  Aku sebenarnya tak buat apa-apa pun, sekadar niatkan keselamatan sahaja, yang lain kerja Zat yang Esa.

Esoknya tengahari aku bertolak balik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s