Posted in Mei 2012

sin keenam suku

hujung tahun ada majlis.  makan malam.  high-dinner.  tokoh-tokoh akan berada di pentas, makan di sana.  marhain-marhain akan makan di bawah.  kasta diajar? bagus ini adalah proses cambahan kognitif. selepas maghrib, kami berbondong-bondong ke dewan makan.  istimewanya malam ini kami dijamu makanan yang lebih sedap dari hari-hari yang lain.  ada aiskrim cawan.  pengetua kali ini memang kedekut.  … Teruskan membaca

sin kesapuloh

sejak peristiwa aku memasung bilik secara kerohanian maka tiada gangguan diterima dari jaringan mahkluk-makhluk itu.  aku sedikit gembira.  sebab.  bukan senang mahu melayan benda-benda begini.  banyak serangan hendap. kalau tak cukup waspada kita kecundang.  sedikit sebanyak dunia  akademi terganggu.  alam mereka bukan seperti alam kita.  tapi kita adalah khalifah di muka bumi.  mereka sepatutnya di bawah … Teruskan membaca

sin keenam tigasuku

cuti penggal ke2, aku balik ke rumah orang tua.  aku rindu mereka.  aku rindu adik beradik.  mak masak pasti sedap. petang jam 3.30, jumaat.  beg sudah berisi baju dan lain-lainnya.  berat.  bahu kiri dan kanan berganti-ganti memikulnya sampai ke pintu pagar.  setapak keluar, ada suara siul burung.  bukan biasa.  aku toleh dan hati terdetik.  sesuatu … Teruskan membaca

sin keenam setengah

aku pusing cerita kebelakang.  Kg. kongo. Ketika aku baru masuk form 5.  Malam itu, aku tak pasti siapa yang ada bersama aku, nuar atau joban, pastinya salah seorang dari mereka ikut sama. Hari jumaat malam sabtu, lepas isyak.  Aku ke kelas untuk ambil barang sekolah yang tertinggal. Rupanya ada 2-3 orang lagi sedang menelaah pelajaran.   Kerana … Teruskan membaca

sin kesembilan

Malam sabtu jam 12.  Cikgu saba, roomate, balik kampung macam biasa pada setiap minggu.  Aku tinggal sendirian. Mata dah meliut.  Terlelap antara sedar dan tidak.  Terdengar.  Bunyi ketuk-ketuk. Kuat, depan pintu. Aku bingkas bangun dan mahu buka pintu. Tapi.  Bunyi beralih ke dinding kanan. Ke kanan, kanan, kanan, kanan. 360 darjah ikut jam dan kembali … Teruskan membaca

sin kelapan

SPM telah lama berlalu, keputusan pun sudah dapat.  Kali ini takdir aku adalah di padang hijau dan dah masuk semester kedua dah pun.  Tiap hari yang aku terima adalah cabaran untuk  kembali bertarung.  Aku dah masak sangat dengan benda ini.  Setiap hari, ketika melalui KK Pertama, mereka menunggu.  Tunggu sahutan aku.  Tak ada bezanya semasa di kg. kongo, … Teruskan membaca

sin ketujuh

lama aku bertahan.  setiap serangan berjaya dipatah.  tapi tiap yang patah naik pula tunas baru.  sepandai tupai, jatuh jua ke tanah.  aku pun begitu.  2 minggu lagi adalah SPM.  dendam mereka belum tertunai.  apa yang mereka mahu cuma galang ganti; darah aku. pagi itu, jumaat, sedang semua sibuk turun ke sekolah.  aku masih terhegeh-hegeh di … Teruskan membaca

Mengusik 5

Hujung minggu itu, ramai yang pulang ke kampung, hampir separuh asrama.  Malam ahad, ada movie jadi bakinya ramai ke kantin untuk menonton TV.  kantin dari asrama tidaklah jauh tapi kedudukan kantin sedikit ke bawah dan perlu dituruni dengan tangga braidley.  suasana asrama gelap  tapi masih ada dorm yang menyalakan lampu.  Jam baru masuk 10 dan aku … Teruskan membaca

sin keenam

aku ingat bila isytihar keluar tak ada sapa akan ganggu.  silap sangkaan aku.  pagi sabtu selepas sarapan, sam senior panggil aku, minta di buka sickbay.  ada budak sakit katanya.  dari tingkat atas, mereka beramai-ramai mengusung budak yang kerasukan dulu (cerita sin keempat). masuk ke sick bay, mereka cuba merawat budak itu, tapi team mereka kali … Teruskan membaca

mengusik 6

tahun itu, aku sudah masuk form 5.  masa itu adalah bulan ramadan.  siang berpuasa dan malam kami bertarawih.  penuh seronok cara budak-budak boarding school. malam itu adalah minggu kedua kami berpuasa.  selepas beriftar, masing-masing berkejar-kejar untuk berjemaah maghrib.  suasana bingit dan riuh.  semua tergesa-gesa kerana mahu ke prep malam pula.  ada masalah sikit, stok air di … Teruskan membaca