Mengusik 13

Ipar bungsu sakit, sakit yang bukan dibuat-buat.  Sakitnya bukan kepalang, tak cukup tahan boleh sawan.  Ipar bungsu ini meracau-racau, bagai dirasuk-rasuk.  Bomoh sana sini dirujuk, dipanggil, sakit ipar bungsu bukan mainan.  Alah semua yang datang.  Saka, hantu raya dan ilmu tuntutan jadi sebutan.  Kepada bini, aku ucap 2 patah perkataan, “kita balik”.

Perjalanan jauh memang memenatkan, di raub dan gua musang kami menyinggah untuk hilangkan lelah.  Esoknya sabtu, awal-awal pagi kami menjengah dan banyak ceritanya.  Tubuh ipar bungsu aku telek, pertama, dia kena makan untuk kuatkan tubuh.  Kedua, aku akan lihat kemudian nanti.

Malam itu, malam ahad, sekali lagi kami jengah.  Ipar semakin lesu.  Aku cuma memerhati dari jauh.  Sekejap-kejap dia mengeletar, tak keruan, sekejap-sekejap terkumat-kamit.  Kaki aku mula rasa sejuk, deria rasanya telah aku link ke deria rasa aku.  Malah, dengup jantungnya aku boleh merasa.  Sekilas rupa obor-obor yang berlapis, bersaiz mega muncul dari arah utara, di luar rumah, makin hampir, penuh nafsu, yang tak tahan nak ketawa ialah makluk ini berwarna pink sekejap-kejap, jenis betina gamaknya.  Hehehe… Kaki aku makin sejuk.  Lantas aku bangkit ke arah ipar dan dengan tapak tangan aku menyentuh kakinya, sangat sejuk.

Aku minta mereka yang hadir panggil bomoh-bomoh yang datang sebelum ini tetapi tiada seorang bomoh pun yang berkemampuan.  Agak berat, mereka pun keliru, agakmya.  Ada yang mengatakan makhluk halus begitu tua dan sukar dikalahkan.  Malam-malam sebelumnya mereka telah berhempas pulas tapi gagal

Obor-obor itu makin hampir.

Kedatangannya aku tahan.  Berat sungguh. memang kuat.  Tenaga aku gandakan tapi masih mampu dia bergenjak ke hadapan.  aku tak ada opsyen.  Pedang Raja terpaksa aku pakai.  Itu pun hanya mampu menguris sahaja.  Walau pun macam itu, obor-obor ini berjaya diundurkan sedikit-sedikit.  Kehebatannya ialah mampu menyerap setiap tenaga yang dilepaskan.  Lega, makin jauh berundur.  Kaki aku panas semula, aku ipar pun.  Dia makin pulih.  Aku pagar segenap tubuhnya.  Pada isterinya aku minta dia menyediakan makanan dan minuman, ipar aku harus dikuatkan tubuhnya.

Deringan dari seorang bomoh disambut, dia minta ipar aku berpindah rumah buat sementara waktu.  aku rasa nak ketawa. Demi sejahteraannya kami bawa dia balik ke rumah mertua.  Selepas itu, aku sarankan ipar aku ke klinik untuk rawatan sebab aku syak penyakit fizikal juga ada kena mengena.  Esok pagi-pagi lagi kami bertolak balik ke selangor.

3 hari lepas itu, disahkan ipar mengidap kepialu.  Aku pun tersenyum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s