Posted in Mac 2008

Cerita Bapak Ayam Yang Masyhur Itu.

hari ini bapak ayam marah-marah.  marah-marahlah. marah-marah. bukan kerana tak cukup makan.  sedangkan diwaktu makan jagungnya berlimpah-ruap. bukan kerana rebannya buruk.  sedangkan dinding pintunya bertahta mutiara hitam. bukan kerana bulunya kusut-kusut.  sedangkan sisirnya sudah disiapkan sang bini. bukan. bukan. bukan juga yang itu.  cuma, anak-anaknya tak mahu berkepak-kepak macam dia lagi.  anaknya tak mahu paling … Teruskan membaca

Don Louis III

Don Louis buat hal hari ini.  Lain yang diarah, lain dibuatnya.  Shahrul kata don louis nak buli aku.  aku pun terbulilah.  penat sungguh nak kawal mamat yang terkembiri. habis sakit-sakit paha aku berdua-dua belah.

Don Louis II

Don Louis rupanya ada gelaran lain rupanya.  Ita. Ita namanya.  Macam nama pompuan.  Tapi kau jantan yang terkembiri.

PRU, pilihanraya umum IV

Pembangkang dikatakan menguasai beberapa negeri. Jadi mereka bukan pembangkang lagi! Kenapa mahu gelarkan mereka pembangkang? anda semua bukan produk sekolah atap genting ke? aku pun masih rasa mahu terbahak-bahak lagi. Otak di lutut rupanya, satu penemuan dan hipotesis sains yag baru!

Telus

Ooo Ooo baru aku tahu. baru.  untuk telus kita kena pakai kotak yang telus cahaya.  aku nak cadangkan, untuk mencapai ketelusan yang paling tinggi ialah dengan membina semua bangunan yang telus bahannya.  aku rasa mahu terbahak-bahak. kadang-kadang kalau  nak buat lawak biarlah kritis.

PRU, pilihanraya umum III

Damai. damai katanya. damai kalau undi. undi kami. damai ulang makcik berkaca mata bundar itu. lantas menyampuklah seorang orang muda yang sudah mula beruban, damai! damai apa makcik! lepas ini harga bahan bakar mahu naik. mana lagi ada damainya. bila harga bahan bakar naik, harga barang lain pun naik, ini teori domino makcik. Lalu, orang … Teruskan membaca

PRU, pilihanraya umum II

aku yg paling bosan kalau! kalau kena panggil secara paksa rela ke ceramah politik. aku yang tak suka! tak suka politik pun nak dipaksa-paksa. jangan paksa-paksa. aku tau la mana nak pilih. aku bukan budak sekolah. budak sekolah pun dah cerdik sekarang ni. tau dah nak pilih mana buruk mana yang baik. aku ulang! aku … Teruskan membaca

PRU, pilihanraya umum

setiap kali piliharaya, aku tengok ramai jadi pelawak. lawak sana lawak sini. janji sana janji sini. nak dukung itu nak dukung ini.. sorang buat manifesto yang lain pun nak buat juga. kadang-kadang lawak mereka memang lawak sebab selepas penamaan calon baru terhegeh-hegeh nak turap jalan depan rumah aku yang saban lama berlubang dan berlopak. kau … Teruskan membaca

Hed Boi

masa aku sekolah dulu.  hed boi akan ke hulu ke hilir. garang. bengis. tapi kau ingat aku takut kat kau?  asik cari salah orang. aku? yang tak bersalah pun kena sama.  zalim.  aku tau lah kau mau nama.  mau glamor.  mau cikgu sayang.  tapi jangan aku yang baik ni pun kau nak inaya.  lebih baik … Teruskan membaca