Filed under Atom-NewTsuruta

Hara

Hara-san lelaki tua yang baik. dia bukan sekadar boss tapi juga kawan yang baik. baiknya kerana dia akan memasak makanan sebelum kami pulang. acap sangat dia menyediakan miso sup untuk kami hirup. tapi hari ini, dia menyediakan pula apam jepun, dalamnya kacang merah, manis dan sedap. aku pun bertanyakan bahannya. ohhh boleh dimakan, tanpa sebarang … Teruskan membaca

Yamamoto

Hari ini dia mengadu, untuk hari esok, meminta untuk menunjuk ajarnya sekali lagi, perkara-perkara yang ada kaitannya dengan penyediaan radas. dia meminta maaf kalau dia membuat tugasan dengan agak perlahan. kakinya sakit. dia merayu dan kawan-kawan pun jadi simpati. hari ini, tugas lazimnya ditukar ke bahagian mencuci. kawasan yang tidak banyak bergerak. air mata pun … Teruskan membaca

Kawasaki

lelaki ini lagaknya seperti seorang penyelia dan sememangnya itulah tugasnya. dia tak begitu sukakan orang seperti aku kerana tidak fasih bernihonggo sepertinya dan tak minum benda beralkohol. hari ini sudah sebulan dia hilang seperti morinaga, cuma dia tidak bertingkah seperti morinaga. wataknya serius seperti wajahnya. kibishi kata orang jepun, semua yang ada, tak betah berlawak … Teruskan membaca

morinaga-san

hari ini masuk minggu ke tiga, morinaga masih tak kelihatan. aku jenguk dalam kawasan makmal. aku jenguk juga kawasan persembahan, morinaga tetap tak kelihatan. bila diingat-ingat, morinaga orangnya lucu, suka membebel tentang banyak perkara. ada kala dia seperti kurang siuman. dalam pada itu, ramai yang tidak menyukainya. morinaga bila dalam mood marah, suka menengking dan … Teruskan membaca

danjikidatta

di bulan ramadan ini, kalau bertembung pagi-pagi dengan fudo, toshio dan miyoshi. mereka akan berulang-ulang menyoal, danjiki? danjiki? danjiki? di depan aku. aku pun tanpa silu akan angguk-angguk. mereka pun angguk-angguk juga seraya berkata eraina. tsuruta baru

monkun

monkun yang berwajah seperti jetli itu, pagi-pagi lagi sudah dimarahi. masuk ke makmal tak lapor diri kepada penyelia. terkulat-kulat mukadia. budak muda macam itulah. tak apa, tak apa tabahkan hati monkun, esok-esok kau akan lebih matang. tsuruta, beppu

masuk makmal

masuk semula ke makmal menjadikan aku gembira. kandungan makmalnya selain dari radas-radas and aparatus-aparatus adalah ninja-ninja jantan dan betina. ada juga dari negara tiongkok seramai 2 orang yang telah lama bertugas di makmal ini. aku menyarung kembali kot putih itu yang bersih dan berbau kedai. tugas di makmal ini amat sibuk bermula dari jam 5. … Teruskan membaca