Posted in Ogos 2006

mengusik 1

aku, doleh dan 3, 4 orang budak-budak form 1 sedang membaca dan menconteng-conteng dengan tekun di atas kertas putih atau kertas kotor. ada yang angguk-angguk, merenung dinding dan macam-macam kerana minggu peperiksaan semakin hampir. di bilik belajar itu yang letaknya di tingkat 3 mengikut sistem british masih menyala. bilik-bilik lain telah ditutup lampunya semenjak jam … Teruskan membaca

masuk makmal

masuk semula ke makmal menjadikan aku gembira. kandungan makmalnya selain dari radas-radas and aparatus-aparatus adalah ninja-ninja jantan dan betina. ada juga dari negara tiongkok seramai 2 orang yang telah lama bertugas di makmal ini. aku menyarung kembali kot putih itu yang bersih dan berbau kedai. tugas di makmal ini amat sibuk bermula dari jam 5. … Teruskan membaca

ibarat kita ini bagai

orang yang membangsat ke mari seperti aku harus tahu adap-adap orang tempatan di sini. ya, harus. bukan, wajib. ya, wajib. menyesuaikan diri. kalau tak nanti dihamput tak sudah. maki berkeliling. mana yang boleh, mana yang tidak. kena faham betul-betul. kalau tidak hamun tak sudah-sudah. sifat mereka tak suka bising macam kenduri raja-raja melayu, tambah-tambah kalau … Teruskan membaca

pening

lelaki tua itu dengan mulut berbau bir memaki-maki sekelilingnya. mabukkah dia? ikut kata pakar mabuk kebangsaan, kalau setakat 1 atau 2 tin bir tidak mampu memabukkan seseorang pengamalnya. masuk tin ke 3 atau ke 4 mungkin baru pening-pening lalat. lali dah tubuh mereka. jadi anggapan bahawa mulut berbau bir belum tentu boleh menghukum mereka itu … Teruskan membaca

zemi

zemi ini berbunyi uing uing uing tak tak bunyinya ing ing ing lah mana pulak wing wing wing lah sapa kata! bunyi dia ming ming ming lah eh pulak! itu semua bunyi mengawanlah ye ke?

pesta musim panas III

bagi aku yang itu. yang berkepak tu. aku amat suka. lemak. aku kira kau taruk madu. jadi ini ayam madulah ye….? bang, bang, tunggu dulu. itu ayam kau tak boleh makan. kau tu pentingkan yang halal haram. jadi kau tak boleh makanlah. kenapa apa bezanya kau dan aku? bukan, bukan bang. kau salah faham. ayam … Teruskan membaca

pesta musim panas II

hanabi yang ini tidak lagi terlindungkan bangunan-bangunan pencakar langit. leher tidak lagi menjadi terteleng-teleng dan terdongak-dongak. kebas yang mencucuk-cucuk di sana sini tidak mendatang lagi. aku tak perlu lagi berkejar-kejar ke sana ke mari untuk sebuah foto. hanabi kali ini indah, luas terbentang dan terang benderang lagi berwarna-warni. sambil aku mengunyah-ngunyah sate tako yang liat … Teruskan membaca

pesta musim panas

bon odori kelihatannya lebih menarik dengan lenggang lenggok si tua-tua yang bersahaja dan penuh kesebatian dengan pakaian yang beragam-ragam. yang muda-muda pun walaupun cantik dan rupawan mempunyai gaya keras dan macam robot. dan aku hanya mampu memamah gula kapas dan berkongsi kakigori.

lama dah…

hampir masuk sebulan tak mencoret apa-apa, bukan tiada bahan tapi sebenarnya tiada momentum. banyak hal ke lain. banyak benda lain perlu diurus.