Posted in Ogos 2007

rehat

aku berehat sebentar…..hingga selepas raya! Advertisements

petua tahan lama di ranjang

mula-mula kau tutup itu lampu, biar gelap gulita, biar tak nampak apa-apa.  baru seronok. oppss jangan kau lupa pasangkan lagu intrumental yang romantis. baru best. wow.  lagi! pastikan tiada orang menganggu, jangan biar seorang pun nanti potong stim.  suhu bilik kau rendahkan sehingga kau rasa nyaman ooohhh pakailah pendingin hawa. lagi? janganlah pakai baju tebal-tebal … Teruskan membaca

musim panas yang sejuk

musim panas memanglah panas. panas. aku pun kepanasan kerana panas. memang panas. tapi panas kali ini lain macam. panas kali ini tak panas macam tahun lepas. tahun lepas lagi panas. berbahang panasnya. kali ini musim panasnya lebih sejuk. khabarnya, di shidaka-ko daun momiji sudah mula menguning. eh! cepat sungguh. musim panas kali ini juga pelik, … Teruskan membaca

babai

hari ini buyer jalur langit datang. kami pun setuju. dengan harganya yang hanya 40,000 yen. 31hb ini jalur langit akan bertukar tangan. terima kasih jalur langit atas khidmat kau kepada kami. kita akan berpisah. semoga tuan baru kau akan menjaga kau baik-baik seperti aku. kalau kau tak pun aku masih berumur panjang kita akan bertemu … Teruskan membaca

tak keluar

pagi ini, pagi kelmarin, bingung! aku pun tak ke mana. sibuk! mengemas-ngemas bagai seorang perempuan melayu terakhir, menyusun segala benda untuk pulang terus ke laman tanah tumpah darah. kini, habis sudah satu perjuangan di tanah samurai ini. perjuangan seterusnya akan bermula tak berapa lama lagi, di tanahair sendiri. perjuangan kali ini lebih realistik dan bukan … Teruskan membaca

momok yang bukan hantu

momok ini bukan hantu. momok ini mempunyai rupa paras cantik, merah merekah-rekah. ada bulu halus hingga kalau disentuh terasa kemulusan kulitnya. bau pun harum seharum tubuhnya. tapi momok ini bukan manusia bukan juga haiwan. momok ini kalau dimasukkan ke dalam peti es buat beberapa waktu kemudian dibelah 4 dan dimakan terasa indahnya lain macam. Jusnya … Teruskan membaca

kabuto di musim panas

hari ini si anak amat berpuas hati walaupun marah-marah. si anak dapat berjumpa dan bermain dengan puluhan ekor kabuto yang menjadi idamannya selama ini. kabuto yang melekat-lekat di dahan-dahan pokok diambilnya dan dilaga-laga. setengah jam aku menunggu diluar dan terpaksa memanggilnya keluar untuk pulang. dia marah-marah kerana tidak dapat membawa pulang kabuto-kabuto tersebut. kalau di … Teruskan membaca

hilang 20

kalau mati saja mereka akan bagi pampasan. kalau mati saja mereka akan bagi wang. seolah-olah dengan memberi wang orang akan diam, akan tutup mulut. seolah-olah nyawa orang adalah mainan. seolah-olah nyawa orang tak ada harga. tapi kata mereka dengan memberi wang boleh meringankan penderitaan. ringankah? wang boleh beli perasaan? boleh beli kasih sayang? anak hilang … Teruskan membaca

ajimu, manis sungguh anggurmu

aku berjalan lagi, kini ke sebuah kebun anggur yang dimiliki pasangan orang tua yang juga amat baik hati dan peramah.  bersama mereka adalah seorang nenek yang lagi tua dan seorang perempuan muda yang cun kalau disolek rapi.  di kebun ini, pelawat seperti aku dibenarkan masuk ke kebun untuk memetik sendiri anggur yang mahu dimakan, kemudian … Teruskan membaca

bangsal

ini bukan kisah bangsal menunggu durian atau kisah bangsal belajar silat pulut ini kisah aku berjalan-jalan sejauh 20 km ke sebuah bangsal lembu tenusu. aku, anak, bini dan rakan taulan sebenarnya ke sana untuk makan sofkrim, sejenis aiskrim dan menurut kata empunya bangsal, aiskrim ini 100 peratus diperbuat dari susu lembu segar. ya, memang segar … Teruskan membaca