Posted in Januari 2012

hari jumaat pssttt pssttt…..

jumaat menjadikan aku lesu.  sepatutnya jumaat ni cuti saja.  aku nak awal ke masjid.  beramal lebih sikit. pahalanya lebih.  untuk persiapan alam barzah dan alam akhirat. jumaat menjadikan aku lesu.  mamat berlilit serban masih berurus niaga di gerainya.  azan lagi 10 minit. jumaat menjadikan aku lesu.  mamat-mamat melayu dengan nama ala-ala arab masih memakai aparon.  azan … Teruskan membaca

H menjadi pelacur bahasa

Tanjung Bunga jadi Tanjung Bungah, Bunga Kantan jadi Bungah Kantan, Bukit Raja jadi Bukit Rajah, rujuklah dalam akhbar-akhbar dan papan-papan tanda. mana melayu yang perkasa tu?    

Nasihat yang mana satu kelihatan unta?

Kakak comel di branang kata:  bayi enche under weight, bagilah minum susu formula, susu formula tu susu full cream tau.  Makan kalau boleh campur dengan minyak masak. dan kami senonong pulang.   Mak buyong di kajang kata:  memang bayi enche under weight, tapi jangan bagi susu full cream tau nanti boleh rosak ginjal.  Bagi susu … Teruskan membaca

Boss pergi

siapa yang datang akan pergi. aku. engkau.  siapa-siapa pun. petang ini boss akan punch out. untuk kali terakhir.  ramai yang menunggu.  tua dan muda.  botak dan berambut.  uban dan hitam.  lelaki dan pompuan.  yang penting semuanya heteroseksual. selamat boss.  selamat pergi.  jangan lupa kami yang tinggal.  umur panjang kita jumpa lagi.

Telaga Nabi Khidir

aku dan kawan telah merancang.  telaga nabi khidir.  kuala pilah. tapi pagi tu boboi sahaja yang muncul.  lagi 2 mungkir. aku dan boboi teruskan juga macam selalu.  tempat, kami tak tahu sebab tidak ada siapa pun pernah sampai.  kami redah.  yakin jumpa. sebab tak tau tempat, klu paling hampir ialah berjumpa pak ya, mamat yang sama … Teruskan membaca

901 adalah sejarah yang berulang

aku mengeteh.  kedai mamak memang ramai orang.  masing-masing berbisik.  pist-pust, pist-pust, pist-pust berulang-ulang kali.  aku rasa bingit.  apa yang dibisik-bisik?  aku naikkan kapasiti pendengaran ke tahap 2.   ada butir-butirnya;  901, 901, 901 berulang-ulang kali.  mereka begitu berghairah. apa 901? apa 901? adakah mungkin  901 ini ialah nombor kod untuk tequila, atau juga nombor diguna untuk perkhidmatan … Teruskan membaca

perempuan gemuk

nasi habis sepinggang.  cucur pisang/keledek habis sepiring.  air milo es kau-kau. mana yang tak obesnya! perempuan-perempuan yang bersidai di cafe. -12.25 pm-

sayang amalinu

amalinu ku. mak kata belajarlah pandai-pandai.  biar semua A.  nanti gomen kasi duit. amalinu ku.  mak kata jangan lupa pada mak.  nanti mak belikan baju baru. amalinu ku.  mak lupa nak pesan baju tu, jangan ditayangkan macam penari tiang.  nanti kamu diburu. amalinu ku.  mak kata tak pa, tabahkan hati, kuatkan jiwa.  buktikan buku anatomimu … Teruskan membaca

belanjalah

awal tahun biasanya hati rasa happi.  gundah gulana pergi seketika.  kita togok-togok, diri beroleng, teman nampak seperti uniseks belaka. apa kira, duit makin bernikah.   itu cara anak muda. awal tahun macam biasanya, lepas majlis kita kutip sampah, kutip botol, kutip kondom.  apa kira, itu adalah kerja, tambah duit. itu cara fakir bandar. awal tahun rasa seperti … Teruskan membaca

100 yang habis

anak dah ke sekolah.  cincai-cincai lebih 100 dah semua.  dapat 100 tetapi masih defisit. jadi tabung dikorek. maka PM terima kasih.  harap tahun depan bagi lagi.  200 pula kali yang akan datang.  ibubapa sememangnya semput.  kami-kami ini marhain semua.  semuanya pakai yang bajet-bajet sahaja.  jangan lupakan pesanan ini walaupun hari mengundi berlalu pergi.