Mengusik 8

Kisah ini sebelum aku buat degree.  Zaman itu bukan macam zaman sekarang.   Internet luas.  Aku pula selazimkan diri berjumpa pak din setiap malam selasa dan malam ahad.  Nak jumpa pak din ini pun bukan senang, aku pakai cable nuar teluk intan.

Malam itu adalah malam selasa.  Tarikh aku dah lupa.  Malam itu, memang rasa malas nak berjumpa pakdin.  Rumah pakdin taklah jauh, dalam 12 Km saja.

Malam itu, aku pacu WAM5366 cup biru laut, masuk PLUS.  Susur keluar ke sg. ramal luar.  masa itu, SILK ka LEKAS ka mana wujud lagi.  Foodcourt yang ada sate sedap tu pun belum ada lagi.  Kedai mamak pun baru buka.  Lampu isyarat depan simpang sekolah maahad itu pun masih ada lagi.

oppssss sudah jauh ke depan.  kisah ini berlaku apabila aku melepasi tol kajang.

wam5366 adalah cub yang handal.  denai, lurah, becak, lumpur semua pernah diharungi.  cub ini punyai kuasa tarik yang baik walaupun cuma 70 cc.  Lampu okay, brek pun okay.  Semua dalam keadaan baik.  Tapi malam itu berbeza.  Jelas amat berbeza.

Baiklah.  kita pusing ke belakang, ketika menyusur jalan ke tol.  Mulanya semua okay.  Sampai ke stesen tol pun okay.  Tapi sebaik sahaja melepasi 5 meter lampu cub padam tiba-tiba.  Apasal la pulak.  Meragam.  Tak pernah dibuat-buat.  Getus hati nak patah balik.  Jiwa kata teruskan ke rumah pak din.  Hati menang.  Aku patah balik.  Sebaik patah balik dan melepasi lebih kurang 10 meter dari stesen tol, lampu cub itu menyala semula.  Jiwa menjerit suka.  Jiwa menang dan aku patah balik nak masuk ke kajang.   Sebaik saja melepasi stesen tol dalam 5 meter ke hadapan sekali lagi lampu cub padam.  Naik angin juga aku, tapi akal kata sabar dan akal menang, aku pun bersabar.  Lampu aku ketuk  kalau-kalau ada magis tentu boleh menyala semula.  Tidak. Kosong. Dan kali kedua aku berpatah balik ke rumah dan melepasi stesen tol.

Dan…..

Tiba-tiba lampu menyala semula.  Hati kata pelik.  Jiwa kata hurey, boleh pergi rumah pakdin.  Akal memikir-mikir apa ke halnya ini.  Jiwa menang, aku patah balik kali kedua ke kajang.

Dan….

Kali ke-3 lampu cub padam di tempat yang sama.  Akal bisik kamu sedang diuji.  Jiwa jadi lara.  Hati kata kita balik terus.  Hati menang dan aku patah balik ke rumah dan tak pusing belakang lagi.

Dan….. lampu kembali menyala selepas itu sampailah tiba di rumah.  Malam itu, aku diuji supaya belajar bersabar.  Akal menang.

Malam ahad, pakdin tanya kenapa tak datang malam selasa lepas dan aku pun bercerita.  Pakdin hanya diam.  Antara kami ada beberapa persamaan dalam perkara-perkara mistik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s