Filed under papak

pusara papak dijejaki

  Dari KL ke Kota jejak papak dikesani. bertanyakan jiran taulan dan anak-anak papak yang dahulunya, jenazah papak rupanya sudah dikirim di kampung lamanya. dihalaman tempat arwah bermain ketika kecil dahulu. papak disimpan di masjid di Kota Kuala Muda. Betapa hari ini baru aku menyedari, kampung laman papak tak jauh dari kampung laman aku sendiri. aku … Teruskan membaca

menjejak papak

aku pun pulang. menjejak rumah sahabat lama. hari ini aku pun berkepergian. menziarahi pusara yang masih basah lagi tanahnya. aku pun pulang. memastikan tiada rungutan bakal terjadi. hari ini aku pun berkepergian. mencari jawaban pada kematian. aku pun pulang. memastikan tanda kasih masih wujud. hari aku pun berkepergian. untuk menambat kukuh kasih sayang yang tersisa. … Teruskan membaca

papak dah tiada

hari ini merupakan hari kejutan. anak sulung papak menelefon awal-awal pagi lagi. papak telah tiada. papak telah pergi menghadap Rabbul Jalil. Hari ini, pagi ini, sejak jam 1 pagi papak sudah menunjukkan tanda-tanda nazak. Hari ini, pagi ini pada kira-kira jam 4 pagi tadi Izroel datang menjemput. aku terkelu. aku terkedu. gamam dan gumam. tanpa … Teruskan membaca

papak menelefon

papak telefon dari jauh, sanggup, kerana rindu sahabat lama. kelmarin, dalam nadanya yang lemah longlai. papak kata tak sihat. papak sakit. badan papak lemah-lemah. jantung pun berdengup perlahan. urin pun bergula. bila berjalan rasa seperti mahu tersandung. papak pernah rebah. papak pernah jatuh. dalam bilik tidur. dalam tandas. papak pernah kena strok. papak tak kuat … Teruskan membaca

papak

papak adalah seorang ayah. papak bukan seorang yang serba serbinya ada tetapi di waktu-waktu ramadan seperti sekarang papak akan berjamu sakan. hebat menu papak semasa berbuka puasa. kalah bangsawan-bangsawan negara. walaupun begitu hidangannya hanyalah dalam pinggan-pinggan ayan. bukan dari jerman, bukan dari tanah inggeris jauh sekali dari tanah kesatuan amerika. papak kata dia hendak menjamu … Teruskan membaca