papak menelefon

papak telefon dari jauh, sanggup, kerana rindu sahabat lama. kelmarin, dalam nadanya yang lemah longlai. papak kata tak sihat. papak sakit. badan papak lemah-lemah. jantung pun berdengup perlahan. urin pun bergula. bila berjalan rasa seperti mahu tersandung. papak pernah rebah. papak pernah jatuh. dalam bilik tidur. dalam tandas. papak pernah kena strok. papak tak kuat lagi seperti dulu.

dulu papak memang kuat, pernah ada orang dijulang dan mahu dilambung, memang papak kuat bertarung, beradu tenaga. papak pantang orang usik. papak memang bengis. papak perongoih, sesiapa pun tak berani tapi papak tak pernah usik orang suka-suka hati. samseng mana tak pernah makan buku lima papak. geretaklah, papak tak undur walau setapak. anak-anak kecil akan bertempiaran bila dengar suara papak. ada yang kemudiannya tersedu-sedu, bukan pilu tetapi kelu. tapi itu dulu. dulu zaman muda. zaman tuhan bagi kederat yang kuat. zaman mudanya memang hebat. kini papak hanya lelaki yang telah tua. wajah bengisnya dah lama hilang, dimamah kedutan kulit wajah sendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s