Posted in Januari 2008

kami tinggalkan satu daerah

pak din menelefon. mahu ke mari. mahu bertemu dengan aku. mahu berkata sesuatu. sudah uzur rupanya pak din. 3 tahun yang lalu tak seperti hari ini. dia benar-benar uzur. aku jadi sebak. melihat seorang mentor yang akhirnya menjadi pasrah pada takdir Zat yang Agung. kami bertemu tapi bukan pada hari ini. aku mahu ke pejabat … Teruskan membaca

pertemuan

bersalam dan berjabat tangan membuatkan aku jadi gembira. pak nal, sarjan dan sdr idris selamat bertemu. kalian semua tidak banyak berubah. cuma pak nal yang makin kuat sakit-sakit kakinya. malam ini kita jadi perwira sebentar. perwira-perwira yang semakin tua. kederat pun makin hilang. mari. mari kita melangkah lagi, sambil kita bertingkah dalam santun.

bukan aku tak mahu

bukan tak mau beli kat melayu. bukan. tapi bila masuk kedai, mereka asyik menekan punat hanpon seperti mereka menekan punat-punat di badan mereka…..tanpa hirau kita tercegat menunggu.

K-eight

mula-mula aku ingat adegan dalam pesawat terbang.  ternyatanya salah. kelompok manusia yang terhimpun dalam satu peristiwa rupanya.  30 minit tidak tersisa.  kerana aku terlalu masyuk.  hiburan ringan setelah lelah tak berbaki. dan aku mula nampak kate yang berterbangan.

jangan kata indon

khairy kata jangan panggil indon. khairy kata jangan panggil mat indon. khairy kata jangan panggil minah indon. khairy kata jangan panggil budak indon. jangan. jangan katanya. sensitif. nanti mereka meraung. nanti mereka menangis teresak-esak. nanti mereka akan berguling-guling. nanti mereka akan jatuh lebih miskin. nanti mogok di sana sini. nanti mereka akan pecah-pecahkan itu dan … Teruskan membaca

minyak! yang makin mahal.

memang susah benar kalau tak berminyak.  tanpa minyak tiadalah pelinciran. tanpa minyak tiadalah pergerakan. tanpa minyak tiadalah hidangan. memang manusia bergantung dengan minyak untuk membuat apa pun. minyak. minyak. minyak. minyak memang menguasai hidup manusia. boleh tak manusia membebaskan dirinya dari minyak? mungkin tidak tapi ada cara untuk mengurangkannya kan? pertama. kalau guna minyak dari … Teruskan membaca

gadis penjual bunga yang tidak berniat lucah

lalilu, lalilu, lalilu.  gadis penjual bunga yang ada getah-getah di pinggangnya. lantas terlihat pak pembesar. lalu tertitis air liur. dan mempelawa adegan-adegan. lalilu. lalilu. lalilu. gadis penjual bunga yang ada getah-getah di tangannya. lantas dihidu-hidu pak pembesar. lalu adegan pun bertalu-talu. lalilu. lalilu. lalilu. gadis penjual bunga yang ada getah-getah di kaki. lantas makin kuat … Teruskan membaca