Posted in Oktober 2005

Layang-layang putus talinya

akhir-akhir ini fikiran sering terganggu. kadang malam termimpi. lamunan sering mengusik diri. rasa gundah kuat terpahat. rasa sebak kuat menyemak. apatah, jiwa ini. keliru dan makin celaru. jasad yang tinggal bernyawa. jiwa keluar ke tanah bonda. entah bila jasad dan nyawa boleh pulang bersama? yang dipegang banyak tak jadi. yang difikir banyak yang berbuai. rasa … Teruskan membaca

Jiwa terusik

sesekali ingatan di welshan kembali menjelma. pada tanggal yang sama sebulan dulu rumah di situ telah kosong. kosong seperti mula-mula tiba dulu. lengang dan sepi. rasa sayu merayap-rayap. sekali-sekali tertangkap rungutan anak. terjelingkan titis-titis di mata isteri. manatah jiwa ini. rumah sewa ini bakal ditinggalkan esok. ya esok bermula episod lain kembara kami. menemui tempat … Teruskan membaca

Seperti aku dulu

teringat semalam waktu berbuka puasa, ayyub solihin meminta ekor ikan goreng yang digoreng garing untuk dimakannya. krup krup krup berbunyi-bunyi setiap kali dia mengunyah. sedap abah, nak lagi itu abah punya nak la abah habis sapa nak makan ikan ni kalau ayyub solihin makan ekor dia abah, ibu kan boleh makan. heh anak….nah le… kalau … Teruskan membaca

Yang dulu yang kini

ingatan lalu yang kurang setahun, tika berdensha ke sekolah di tokyo, anak-anak sekolah di tanah ini kelihatan seperti begitu seksi. skirt yg diperpendek sendiri, digulung-gulung ke atas walaupun musim dingin menjunam ke 1 darjah. paha putih dan lutut yang kemerah-merahan bagai udang baru dibakar. asyik masuk bagi yang baru, bagi yang lama dah lali. lain … Teruskan membaca

Deklarasi saizeriya

kurang 2 bulan yang lalu, aku dan dua teman, minum-minum “air-lembut” (hahahhaha) dan teh di sebuah kedai di motoyawa. sambil minum kami menyorong roti nun jepun ke mulut. aku lebih senang beroti nun yang di atasnya penuh serbuk cinnamon bercampur gula castor, manakala kawan pula menambah pasta dan kentang goreng dalam hidangan. selang-seling kami berbual, … Teruskan membaca