Filed under Taiteks

bagai pesta

hari itu di tempat miyanari, juga tempat miyamoto, juga tempat inoue amat riuh rendah. gelak ketawa yang menjadi-jadi. semua orang termasuk perempuan-perempuan yang berleher jinjang dan sentot terbahak-bahak. semua hepi. aku pun hepi.  hari itu, bagai satu temasya buat julung-julung kalinya.  kami bergurau dan usik mengusik tapi tidak bersentuhan.  miyanari merakamkan peristiwa melalui kamera kecilnya … Teruskan membaca

Miyamoto

Miyamoto seorang lelaki yang berusia sekitar 60an namun kotak-kotak berat itu mampu diangkatnya lagi.  Lelaki ini suka bergurau tetapi dengan loghat sukar difahami.  Kalau ada masalah boleh bertanya kepadanya, dia umpama kamus di situ, semuanya berada dalam kotak mindanya. semua dihafalnya. Walaupun amat rajin dia mempunyai kegemaran yang tidak boleh dipisahkan lagi, beer! setiap malam … Teruskan membaca

abe a.k.a tomu

tomu yang badannya besar itu memang besar. di waktu masuk-masuk musim natsu ini, pipinya menjadi semakin merah. menyala-nyala. dan dia menjadi semakin comel bak teddi bear yang besar-besar itu. dan bajunya itu perlu ditempah dari tukang yang berkemahiran.

hinaga

hinaga itu perempuan yang gadis atau tidak, aku tak tahu. gadis atau tidak, itu tidaklah penting. bukan itu skop cerita hari ini.  hinaga ini tinggi melonjong. rambut ikal mayang kelapa dengan pewarna tiruan perang terang. mata tanpa bingkai. kulit sudah mulai kedut-kedut. barangkali hinaga adalah satu-satu perempuan jepun tanpa botox, tanpa solekan khas seperti artis-artis … Teruskan membaca

senyum

miyamoto menelefon, mahu bantuan. katanya penting. katanya lagi segera. aku pun berlari. dan. bermotokar bagai lipas kudung. dalam limpahan air dari langit. baju pun lencun. kotak-kotak itu selesai semua. miyamoto menyepetkan mata. lega.

di deitek

mari atau tomu akan marah-marah, kalau aku mencuci cawan minuman sendiri. mari atau tomu akan terus marah-marah, kalau aku masih berdegil untuk membasuh cawan minuman sendiri. mari. tomu. berkatalah mereka, membasuh cawan malah pinggan atau “bowl” sekalipun merupakan tugas wanita. tugas wanita di jepun ini. orang jantan seperti aku jangan cuba mencampuri tugas wanita sepertinya. … Teruskan membaca