Posted in April 2006

senja berlabuh

tiga gadis samurai, berlenggang-lenggang. menghayun langkah bersepah-sepah di sepanjang pantai shitahama-koen. anak sekolah yang baru habis pengajian, mungkin, sedang mencari-cari pekerjaan, mungkin. ya, dari pakaian mereka dan mungkin juga sedang melepaskan lelah di sini. kasut dibuka dan berlari kemudiannya meranduk air yang berombak kecil. ketawa dan ketawa, yang berdekah-dekah, berderai-derai dan meleret-leret. hah, patutlah tin … Teruskan membaca

bahasaku

hari ini aku mula ajar ayyub tentang matematik asas, mengenal huruf. terhenti sejenak. bahasa yang nak dipakai? melayu atau inggeris? kalau melayu, ayyub bakal bermasalah bila pulang ke tanahair nanti dan bersekolah di “SEKOLAH KENANGAN KEBANGSAAN”. kalau bahasa inggeris, anak ini bakal melupakan sebutan-sebutan huruf dalam melayu. ya, ya bahasa melayunya bakal menyusut dan merosot, … Teruskan membaca

Alahai

9/4/2006 sedar tak sedar dah lama aku jadi balaci. balaci yang ditunggang ke sana ke mari tanpa seutas tali. hidup jadi balaci memang bererti sekali. kadang rasa seronok kadang rasa perit. kawan-kawan ramai dah jadi ketua balaci. aku, entah bila waktu akan jadi ketua balaci? tak, tak aku tak mungkin jadi ketua balaci dalam waktu … Teruskan membaca

Timun dan durian

7/4/2006 kalau anda cari baito dan dibelakang anda adalah seorang samurai maka jangan bermimpi anda boleh berbaito sepertimana impian asal. racist tetap ada di mana-mana walau anda bagus setinggi mana sekalipun. tetapi jika anda beruntung, anda akan diberi tugas yang paling mereka tidak suka walaupun tugas itulah yang paling mudah.

Jaraknya 49 KM

6/4/2006 ogata itu tempatnya cantik walaupun sidara tulipnya katik-katik. sungainya bagai di niagara, hempasan airnya memercik halus terbang meninggi disambut sang angin keras. sakuranya berkeliling jenuh dengan kelopak putih dan merahnya, mula berguguran satu persatu memutih bagai salju. kicir air ada 3 buah yang berputar segan dan sekadar menjadi hiasan alam. petak bendang menjadi kebun … Teruskan membaca

3 hari 3 malam

3/4/2006 kalau makan nasi bergulaikan ikan talang masin dari tanjung dawai pastikan anda makan bersama jelatah timun bercampur gaul dengan tomato, hirisan bawang, garam dan gula. kerana? itulah ni’kmat memakannya pada tahap tidak terhingga. lagi satu jangan lupa sediakan sirap manis.

Cara mereka begitulah

2/4/2006 seawal 6 pagi dia meninggalkan kawasan rumah untuk ke pejabat. setelah berbincang tentang kawasan kerja, mereka berpecah. pukul 9 pagi tepat harus terpacak di tempat kerja. jubin-jubin marmar digosok dengan air bercampur asid. dibilas dengan air. rehat sejam sahaja, pukul 12 tengahari. waktu rehat, untuk makan tidak boleh berkeliaran, kena duduk senyap dalam van. … Teruskan membaca