Ayam

21/1/2006 – ayam
Di sana tu ada sereban ayam yang letaknya nun meninggi di atas bukit. sesekali kalau tengok boleh rasa gayat dan sayup. ayam di situ banyak sekali, warnanya macam-macam, duduk dengan sungguh harmoni dalam sebuah reban yang atapnya merah bata. majmuk dan mesranya tidak terhingga. Kadang-kadang berlebih-lebihan pula. ayam di situ ditempatkan seperti ayam lain juga cuma ayam di situ dapatlah merasa seekor sebilik. ayam di sini istimewa sungguh kerana setiap bilik itu ada pintu, ada “privacy”. nak buat apa pun buatlah. jangan mengganas, jangan jadi “terrorist” sudahlah. ayam betina lebih banyak dari ayam jantan. semua ayam-ayam ini segar-segar, sihat wala`fiat, jenis bakanya pun macam-macam. perancis ada, pakistan ada, rusia ada, vietnam ada, thai ada, kanada ada, USA pun ada, Jepun punya memang bersepah-sepah. nak yang mana pilihlah. ayam-ayam itu sangat sibuk, jam 4 pagi pun masih berhiruk pikuk. Bersembang, berembun dan sangat suka main masak-masak bersama. ayam jantan semangat dia lebih sikit. ayam jantan suka sangat tengok ayam betina. maklumlah ayam muda, kalau selisih, ayam jantan akan tengok ayam betina. seksi. ayam jantan ada yang tak tahan. jiwa jadi lain macam, bergelora, bergodak sana sini. jadi, ayam jantan pun buat macam-macam helah dan suka bermadah-madah. kalau-kalau dapat nanti boleh ayam jantan main patuk-patuk. bukan ayam jantan saja gembira, ayam betina pun boleh tumpang bahagia. setiap hari ada saja madah-madah baru oleh ayam jantan. ayam betina pun dah tak segan silu, birahnya bukan main lagi. ayam jantan tetap ayam jantanlah. kalau hari ini ayam betina ini esoknya ayam betina yang lain pula. hai seronok ayam jantan. ayam betina pun tumpang suka. marilah bergembira ria. marilah masuk ke bilik ku. tapi air liur tu kawal-kawal sikitlah. janganlah berlimpah ruah tak bertempat. nanti busuk seluruh bilik, susah nak cuci. sini air susah nak dapat. hah sediakanlah plastik, kalau berjembak keluar bubuh sahaja di situ. mudahkan, senang dibuang. esok makcik yang mencuci tu datang, suruh dia tolong buang semua. makcik tu “sporting” punya, dia tak akan marah. nanti-nanti musim yang depan kita tunggu ayam baru. boleh dapat rasa yang lain pula.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s