sin keenam setengah

aku pusing cerita kebelakang.  Kg. kongo. Ketika aku baru masuk form 5.  Malam itu, aku tak pasti siapa yang ada bersama aku, nuar atau joban, pastinya salah seorang dari mereka ikut sama.

Hari jumaat malam sabtu, lepas isyak.  Aku ke kelas untuk ambil barang sekolah yang tertinggal. Rupanya ada 2-3 orang lagi sedang menelaah pelajaran.   Kerana ramai aku pun melepak di situ.  Jam 10 mereka meninggalkan kami kerana ada movie di TV.  10.15 kami keluar.  Tutup lampu. Berada di koridor.  Aku dibelakang.  Bergerak ke arah tangga.  Tak semena-mena suasana bertukar bising seperti ada ribut mahu membadai.  Angin dari belakang kami bertiup kuat.  Tiba-tiba tanpa duga, badan aku berpusing ke belakang secara automatis.  Dan tangan kanan terus melurus ke hadapan, automatis.  tatkala itu juga, satu bayangan cuba menyentuh aku.  Tangan dan bayang bertembung.  Berlaga.  Hasilnya tangan kanan menjadi panas yang dahsyat dari siku bergerak ke telapak tangan.  Bayangan itu terpelanting ke kiri dan hilang.

Berani sungguh mereka menyerang secara dekat, sebelum-sebelum ini main jauh-jauh saja. Hah! padan muka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s