Aku dari dulu 1Malaysia

1Malaysia adalah satu benda yang kini sering dimomok-momokan, diucap-ucapkan oleh semua orang, baik atas pentas, baik dengan mikropon, baik dalam paper, baik dalam tv, baik dalam radio.

1Malaysia, aku rasa nak ketawa, bukan nak sindir tapi aku dari dulu dah satu 1Malaysia dah.  Tanpa kempen pun aku dah 1Malaysia.

Masa kecik, jiran ada yang cina, ada yang india. Selalu tegur-tegur, gurau-gurau.

Masuk sekolah rendah, ada india aje, cina tak nak masuk, apa kelas sekolah kebangsaan tapi aku tak kisah pun kalau ada cina, kan ke aku dah 1Malaysia dah.

Masuk sekolah menengah, ada cina, ada india, kami makan satu meja, sama-sama tengok TV3 yang ada rancangan Solid Gold tu, tidur pun dalam satu bangunan, kami dah lama dah 1Malaysia dah.  Tapi yang besar-besar tu entahlah, 1Malaysia ke tidak!!

Masuk U, kami belajar satu dewan, masih makan satu meja, kadang-kadang naik celapak bonceng motor sama-sama, kadang-kadang sama-sama tengok TV3 yang ada rancangan muzik-muzik rock mendayu-dayu tu.

Masuk kerja, ada siam, ada india, cina pula jadi tokey babi sebelah ladang aku. kan 1Malaysia tu. kami dalam ladang makan nasi dan lauk pauk dari kuali dan belanga yang sama. tapi itu babi memang aku tak makan la sebab cook dia memang tulen muslim.

Sekarang ini pun aku masih 1Malaysia, sebab jiran-jiran aku masih ada cina dan india.  Di tempat kerja, bos adalah punjabi dan cina, anak buah ada yang cina, rakan sejawat pula adalah india. Aku masih 1Malaysia dari dulu sampai sekarang, 1Malaysia aku megah tapi aku dah lama amalkan dah.  Apa mau kecoh-kecoh kan kita 1Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s