menyesal harga tak turun ka?

senah macam dulu lagi tapi kakinya yang dulu dah pulih. tak busung lagi. tak busuk lagi. tak bernanah lagi. senah tetap macam dulu slow and selamba.  hari ni senah bising-bising kat aku.  menyesal.

sejak harga minyak naik.  harga kuih jualannya pun naik.  bila harga minyak turun.  harganya tetap kekal sama seperti dulu. 3 singgit. mana boleh turun. “harga barang mentah tak turun la bang” kata senah.

senah mengomel-ngomel seperti orang gila. kerana kalau ikut hatinya kuih-muih itu mahu dijual sepuluh sen sekeping.  senah genggam penumbuknya bagai mahu jadi gila. senah tak puas hati sebab harga kuihnya tak boleh langsung diturunkan. aku kata “sabar”.

senah mula mencarut-carut, menyebut-nyebut nama taukeh chong yang jual ubi, taukeh lee yang jual bawang, taukeh soo yang tepung.  senah hamput-hamput kerana geram yang amat. berombak-ombak dada senah. menahan marah.  terjuih-juih mulut senah.  senah nampak tercungap-cungap.  lah! senah dah mula semput. 

esok! tak ada sapa nak jaja kuih macam senah.

Advertisements

One thought on “menyesal harga tak turun ka?

  1. emmm tapi harga barang2 kenapa tak turun lak kan? tu yg bosan tu … harga barang naik tapi tak turun2 walaupun harga minyak dah turun …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s