Kg. Kongo diserang…

Aku terbaca di paper lama. Aku pun ketawa. Macam makhluk bermata merah itu. Menyeringai. Manusia memang suka genre seram sampai terbawa-bawa ke bilik darjah. Aku cuma mahu kata “itu kawasan memang keras ooo, banyak batu…..” hehehehe.

Lalu juga aku teringat, mat ghost buster yang kecundang itu….

Dirasuk makhluk bermata merah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my

CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus. Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya. Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain. Menurutnya, dianggarkan hampir 30 pelajar diserang histeria menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sejak tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, pelajar pertama yang terkena histeria mula meracau selepas waktu Zuhur sebelum berjangkit kepada pelajar tingkatan lain, termasuk saya. “Saya sendiri yang ketika itu berada di kelas tiba-tiba berasa lemah badan sebelum ternampak puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dia selepas itu menjadi kaku dan tidak mampu bercakap sepatah perkataan atau meminta tolong. Mangsa hanya tersedar sejam kemudian selepas dibawa guru ke bilik rawatan di sekolah berkenaan. Sebaik tersedar, kata Mohd, dia terdengar bisikan suara lelaki di telinga yang memberitahu sekolah terbabit akan huru-hara. “Saya sendiri tidak pasti siapa yang bercakap kerana ketika itu tubuh saya terlalu lemah dan ketakutan,”katanya. Menurutnya, guru menghubungi ibu bapanya dan meminta dia dibawa pulang berikutan keadaan di sekolah terbabit kian tidak terkawal.

“Ketika itu ramai pelajar lain turut pengsan, malah ada yang meraung dan menjerit tanpa diketahui bahasa dituturkan. “Mereka meracau hingga ada yang menyepak dinding serta melukakan diri sendiri. Saya sempat melihat seorang pelajar tingkatan lima berdarah di kaki akibat menendang objek keras di kelas,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, katanya, kebanyakan pelajar terpaksa tidur beramai-ramai di surau asrama kerana bimbang gangguan berterusan. Ketika itu, tokoh agama terkenal, Datuk Haron Din dipanggil datang ke sekolah untuk membantu menghentikan gangguan histeria itu.

“Saya dan pelajar lain yang sedang membaca surah Yasin di surau terkejut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba bangun dan menjerit. “Dia yang hilang ingatan berlari ke luar dari surau sebelum dikejar beberapa guru lain. Pelajar itu akhirnya dapat ‘ditangkap’ sebelum diberi rawatan di surau,” katanya. “Selain terkena rasukan, ada pelajar mengadu tiba-tiba terasa lemah badan tanpa sebab,” katanya.

Selepas tiga hari gangguan terbabit masih tidak menunjukkan tanda berhenti, pihak sekolah menasihatkan ibu bapa membawa pulang anak masing-masing sehingga Ahad ini. Difahamkan, arahan ‘bercuti’ itu hanya dikenakan kepada pelajar yang terkena histeria dan mengadu lemah badan. Seorang kakitangan sekolah yang enggan namanya didedahkan, berkata kejadian sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu. Menurutnya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan sebuah sekolah baru yang bersebelahan tapak sekolah menengah itu.

“Ada kemungkinan tempat itu diganggu menyebabkan pelajar sekolah ini menjadi mangsa,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati beberapa ibu bapa datang di sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing. Sementara itu, jurucakap sekolah itu yang dihubungi, berkata satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk tindakan lanjut. Menurutnya, pihak sekolah sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk mendapatkan khidmat tokoh agama untuk memulihkan keadaan. Ibu bapa pelajar yang terkena histeria juga dinasihatkan membawa pulang anak masing-masing semalam.

Advertisements

2 thoughts on “Kg. Kongo diserang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s