oga

Oga ini bukanlah ogata dan ia tidak terletak di timur. oga ini tiada taki dan tidak mempunyai tulip yang katik-katik. oga ini istimewa.bukan kerana ia terlalu cantik tetapi ia ada kebun bara. masuk-masuk saja, berbau amat wangi, lain sekali dari kebun bara yang lain. tapi sayang, lanskapnya kurang menjadi, barangkali tiada hortikulturis yang berfahaman lanskapis. kalau mahu dibanding lanskap dengan kebun di chiba dan kuju amat jauh bagai langit dan bumi. tapi perkara itu seakan terlupa dek bau frangrance yang begitu harum. baranya juga pelbagai, tak kurang dari 100 jenis kalau diperhati dengan penghayatan yang teliti. kalau masuk, tidak perlu menyesal kerana ia ada tarikan tersendiri. barangkali insan pesimistik akan merugut-rugut bak ikan kalui. apa yang perlu dilakukan ialah adaptasi alam supaya diri kekal teruja. tiket tidak mahal, hanya 500yen, tapi kalau terlalu berkira dan kedekut, janganlah masuk. jangan tukar nilai angkanya ke ringgit kerana ia boleh mencecah 15ringgit tapi untuk taraf hidup di sini ia bagai 5ringgit sahaja.

oga ini sebenarnya istimewa untuk insan yang celik keindahan alam dan tanaman herba. lain pula lanskap di restoran yang amat menakjubkan dengan baris bunga-bunga herba yang hebat disusunatur dengan rapi. sang hachi pula kelihatan berebut-rebut memilih rangi-rangi bunga yang berwarna-warni. selain itu, bunga-bunga pilihan yang disemai dalam tiub-tiub rumah kaca sememangnya dikhaskan untuk pengunjung membelinya. dan oga ini berjirankan hiji stone zoo dan itogahama yang pasti tidak mengecewakan sesiapa.

taki – air terjun
bara – bunga ros
hachi – lebah

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s