bila orang dapat banyak uang

orang, kalau mula dapat wang, akan mulalah perbelanjaan yang besar. duit itu tidak akan disimpan kerana manusia secara umumnya mempunyai naluri tamak haloba maka perkara yang pertama dibuat ialah membeli belah. membelilah mereka perkara yang banyak dan membeli sebanyak yang mungkin. perabut, hiasan rumah, barang peralatan dapur dan meja makan. barang yang dibeli tentulah yang berkualiti dan barang berkualiti lazimnya berharga lebih mahal. bila manusia mula membeli maka berlaku juga penjualan. penjual-penjual mula mendapat wang juga. penjual-penjual juga adalah manusia maka mereka juga akan membeli. akhirnya pembeli dan penjual akan berkitar-kitar sesama mereka. bila tingkat pembelian menjadi tinggi maka tinggi juga penjualan maka dikatakan aktiviti ekonomi dalaman menjadi aktif dan maka itu dikatakan semua orang akan dikatakan berkongsi ekonomi yang sama. bila ekonomi dikongsi secara saksama maka ia dikatakan ekonomi yang adil dan akhirnya semua orang bergembira.

kalau kerajaan memberikan wang yang banyak kepada kakitangannya maka sebenarnya bukan kakitangan memiliki keuntungan peribadi yang mutlak tetapi juga peniaga-peniaga gedung, peniaga-peniaga gerai kaki lima, peniaga-peniaga pasar tani, peniaga-peniaga pasar malam juga akan turut merasai nik’matnya. peniaga ini sebenarnya tak perlu langsung menaikkan harga barangan kalau harga bahan mentah tak naik kerana sebenarnya mereka akan untung lebih banyak apabila manusia ini membeli lebih dari biasa, makan bahan yang lebih berkualiti dan lebih banyak dari biasa. maka putaran keperluan bahan mentah akan meningkat juga. maka peniaga-peniaga boleh beli barang mentah lebih banyak dari biasa dan harga borong ini akan jadi lebih murah selagi mana dalam had imbangan permintaan dan pengeluaran.

maka itu, aku sokong sangat kalau mana-mana kerajaan mahu memberi lebih wang kepada kakitangannya kerana satu hari nanti aku pun mahu berniaga.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s