Adat hulubalang

3/2/2006
Masing-masing sudah pun sampai, duduk-duduk sambil bersembang kecil. jam tepat 11.00 pagi. dua pemuda itu dari tadi duduk bersila, segak lengkap berpakaian hitam. tokcik dan pakdin sibuk memeriksa barang-barang, cukupkah? pisang, asam, garam, bunga 7 jenis 7 kuntum mesti ada, segeluk air siap tersedia, jarum, lilin, limau dan sintok. semua sudah ada. semua sudah lengkap. tokcik mengemaskan duduk bersilanya. pakdin pun. semua mata tertumpu pada tokcik. masing-masing memerhati teliti. kemenyan dibakar dan asap berkepul memenuhi ruang tamu. tokdin panggil pemuda pertama duduk menghadap dan bertanya nama dan ibunya. tokcik angguk-angguk, dengan lafaz Bismillah tokcik memotong limau nipis kemudian mengira ruas-ruas yang ada. tokcik berbisik kepada pakdin. pakdin catatkan semua kata-kata tokcik. tokcik tunjuk potongan limau yang terjatuh di lantai dan berbisik lagi sekali. pakdin angguk-angguk dan catat lagi. pakdin jadi kapit hari ini. pakdin orang penting hari ini. pakdin orang kanan tokcik di kampung ini, jadi semua perkara akan dirujuk kepadanya. setelah habis, pemuda kedua menghadap dan perbuatan yang sama dilakukan sehingga selesai. Kemudian tokcik suruh dua-duanya ambil lilin masing-masing, nyalakan api, tegakkannya supaya berdiri dan duduklah menghadap. keris telah pun diletakkan ke sisi. seperti yang telah diterangkan lebih awal, masing-masing mula berkumat-kamit, membaca sesuatu berulang-ulang sehingga lilin itu habis semuanya dan terpadam api sumbunya, hampir 2 jam. kedua-duanya berteleku di situ tapi masih bersemangat. Pakdin datang bertanya bilangan bacaan mereka, setelah itu, berbisik kepada tokcik, tokcik angguk-angguk seraya memberitahu hadirin bahawa majlis hari ini telah tamat dan kedua-dua pemuda tadi sudah mulai boleh bermain ilmu keris. hadirin pun sama angguk-angguk dan tersengih-sengih sambil tangan mula menyenduk nasi.

sg kantan. 1992

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s