dulunya cyborg

dulu dia dikenali sebagai manusia cyborg. dan dipanggil juga manusia robot oleh teman serumahnya. dia tiada perasaan belas jauh sekali perasan kesian. jiwanya amat teguh dan keras pendiriannya. dia tiada perasaan untuk menyayangi atau disayangi. dia tidak memerlukan sesiapa di sisinya kerana pada dirinya, dia boleh melakukan semua. dia tak peduli langsung apa orang nak kata. apa yang penting dia dapat apa dia mahu. tapi dia tak suka menginaya orang, benci sekali menikam orang dari belakang. dulu hidupnya jujur, bukan untuk dirinya tapi untuk orang lain. dulu dia mahu jadi lilin jadi dihilangkan hampir semua perasaan kemanusiaan. dia manusia yang tiada citarasa, pakaiannya dan makanannya. dia tidak gemar air berperisa. makan nasi dan ikan kering berserta ulam padanya sudah mencukupi. pakaian sekadar yang ada. padanya, apa perlu pada buckle sebesar penumbuk kalau hanya untuk sangkut di kepala tali pinggang. apa guna ada kereta yang gagah di jalan raya kalau cuma boleh memandu setakat 110km/jam. dia pernah kata dia boleh hidup di mana-mana, campaklah ke laut, ke gunung, ke lembah tak berpenghuni, dia mampu berkomunikasi dengan alam. dia tak pernah menangis sejak menjadi remaja. padanya kematian adalah biasa tanpa perlu ditangisi. dia punya orang tua tapi dia tak pernah ada keinginan untuk pulang. kerana dia tidak pernah merindui sesiapa pun. dia tak pernah rindu pada saudara sekandungnya. masakan ibunya pun dia telah lama lupakan. tapi akhirnya dia berubah kerana dia diminta berbuat begitu dan dia berubah untuk menjadi AKU.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s