Jeneral

di padang hijau itu, aku menerima amanat penting, menjadi seorang jeneral. jeneral dengan hanya 10 orang perajurit. apa yang harus aku pimpin kalau perajurit hanya 10 orang. bukankah musuh di sana amat ramai? apa harus dibuat? aku harus bertindak. ya bertindak, mula dengan merancang, kemudian aku atur, kemudian aku laksana. tapi bolehkan dengan hanya 10 orang perajurit, yang rata-rata bermoral rendah. sesi latihan pula tidak memberansangkan, jumud, tak bertamadun. Hah, perajurit-perajurit ini harus aku kukuhkan semangat mereka. aku harus import jurulatih yang baru. aku harus rekrut perajurit baru. biar ramai. biar nampak banyak. biar naik semangat. aku harus rekrut ramai lagi perajurit wanita supaya perajurit lelaki teruja sentiasa. aku mahu perajurit yang siap sedia semuanya. tiap masa pada bila-bila masa. mereka harus aku pimpin, bukankah aku ini jeneral. jeneral harus jadi jeneral. jadi jeneral yang bermutu. mari yang ingin jadi perajurit, mari ke mari, akan aku jadikan kalian perajurit sejati. mari bersekutu, bersekutu tambah mutu. marilah belajar sepak terajang seorang perajurit. mari kita gempur musuh-musuh kita. jangan bimbang, jangan gusar, jangan khuatir, keris dan tempuling amat mencukupi. jangan bimbang musuh yang bersenjata api. mari aku sembur sirih jampi, batu jemala kalian aku asapi dengan kemenyan setanggi.
cukup 3 purnama perajurit bertambah dan bilangan naik ke ratusan. aku gembira lapang dada. akan tetapi ramai perajurit kemudiannya lari, mana tahan latihan bertubi, siang dan malam. akhirnya tinggallah perajurit sejati, 70 orang pun jadilah. hari demi hari berlalu, minggu dan bulan. musuh-musuh naik bimbang walaupun mereka berteknologi tinggi. Aku bertindak lagi menguatkan barisan pertahanan. Masyarakat padang putih dan masyarakat padang biru dipanggil duduk sekali, bermuzakarah ala orang bijak pandai, ala orang menara gading. memorandum dipersetujui, kita tandatangan bersama-sama. jalinan dan pakatan kita meterai. pasukan-pasukan kita harus rapi, segak bila berdiri agar dipandang orang sama tinggi dan duduk sama rendah. musuh-musuh tak akan berani lagi walaupun kita hanya ada belantan dan beluti. mereka akan diam dan terus diam. pakatan ini tidak menganggu masyarakat lain. pakatan ini hanya untuk pertahanan kita. kita tiada teknologi tinggi. tapi mari kita berserapah dan mentera agar semangat ini terus teruja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s