Sin kedua

malam pertama datang seperti yang dijangka. sang anjing, seekor hitam dan seekor putih mula masuk dan berkeliling di tengah laman sebagai tanda permulaan acara, tanpa lalakan. hawa semakin dingin. bulan mengambang penuh, berbogel tanpa sejalur awan. suasana semakin sunyi. tengah malam. tiba sekawan kelawar berterbangan ke sebuah bilik yang penuh dengan manusia yang menanti. sekuat tempik gajah mereka mula bertempur. mereka bertempur dengan sang kelawar. kuasa angin menjadi senjata dari kain-kain tersedia. dipintal dan dilibas. aku kemudian dipanggil ke atas, hafizi mengiringi, seperti orang penting aku di bawa masuk ke bilik itu. rupanya hafizi telah memberi mereka tahu tentang amaran aku malam sebelum itu. sebaik masuk ke bilik, dari cucur atap kelihatan air mula menitis satu demi satu. hujan, tiada, hanya atap bilik itu yang mengalir airnya. suasana semakin cemas, masing-masing cuba mengelak dari terkena air hitam itu. aku cuma melihat dan berdiam walaupun di tanya beberapa soalan. aku terus melihat sang kelewar hanya terbelah dua bila terkena libasan kain yang kemudian bercantum semula untuk terbang dan untuk pertama kali seumur hidup, aku melihat kelawar putih yang amat besar berlegar di laman dan menjadi kecil sekecil-kecilnya untuk menyusup di bawah atap. keadaan makin gawat, sekumpulan manusia kemudian berkeliling, tangan bertaut antara satu sama lain dan aku di kalangan mereka. masing-masing yang berkemahiran mula berkumat kamit, tautan tangan semakin panas dan seperti ada aliran eletrik mengalir antara tangan-tangan kami. kuasa tubuh makin bersatu. kian mempunyai kekuatan yang sama. aku yang tak mengerti mula mempelajari. tetapi keadaan tetap tidak berubah. mereka makin ramai sedangkan kami terus bertahan dalam jumlah yang sama. 2 jam berlaku pertempuran dan titis air hitam terus berlaku. aku masih memerhati. apakah di kalangan kami benar-benar mengerti apa yang terjadi? kemudian terdengar tempik yang lebih gempita, blok putri mula dicerobohi, kawasan itu semakin kelam tanda ramai musuh sudah berkumpul di situ. ada yang panik kerana kak angkat, adik angkat dan awek angkat menginap penuh di situ. dengan kemahiran yang ada, manusia-manusia itu mula bermeditasi, roh keluar dari tubuh dan cuba menembusi kawasan putri tapi malang, gagal menjadi jawaban. aku macam biasa tidak merasa apa-apa kerana tiada siapa di situ yang perlu disayangi. keadaan tetap tidak berubah. musuh tetap tidak berubah dan kali ini bilik lain mula dimasuki, baju yang bersidai dalam bilik habis berbuai-buai. sehingga azan subuh keadaan mula kembali seperti biasa. manusia-manusia itu kelihatan amat letih dan aku cuma tidak dapat tidur semalaman.

B34
85

Tinggalkan komen