Dari jendela ini

dari rumah ini ke pelabuhan feri tidaklah jauh. boleh nampak kapal-kapal dan bot-bot berlabuh. sekali sekala mata tersaji dengan burung-burung laut yang berterbangan. orang memancing di pelabuhan bukanlah perkara asing. cuma aku sendiri belum nak mula. tunggulah lepas raya nanti, rasa betul-betul malas nak memancing di bulan ramadhan walaupun cuaca tidaklah sepanas mana pun.
jalan nombor 10 adalah jalan yang mendatar tidak seperti yang lain. ia bersebelahan pula dengaan pelabuhan feri dan berbaris di kiri dan kanannya deretan kedai-kedai. kedai yang menjual berbagai barang termasuklah perkhidmatan pachinko. rata-rata kawasan ini seperti baru dibuka dan dibangun, ia seperti bandar baru yang terletak bersebelahan di utara bandar yang lama.
bersetentangan laut adalah bukit bukau dan gunung ganang malah rumah ini pun terletak di cerun yang landai. kawasan tinggi ini melitupi satu daerah yang amat luas. rata-rata kawasan onsennya begitu popular di kalangan pelancung yang berada di kawasan ini. kalau berjalan ke sana dengan bas memanglah amat menarik. wasap dari rumah-rumah onsen kelihatan di merata tempat. bau sulfurik menyengat hidung tapi tidaklah keterlaluan. dengan wasap yang putih meninggi dan berlatarbelakangkan kawasan hijau semak samun menjadikan kawasan itu amat cantik. tambahan pula angin sejuk bertiup dan keadaan mendung mendatangkan rasa nyaman.
di sekitar rumah ini banyak juga kemudahan, selain dari kedai-kedai barangan harian seperti ikan dan sayur terdapat juga yubinkyoku dan ginko. di samping itu kedai 24 jam turut ada di sini. untuk memancing selepas raya nanti tidaklah menjadi masalah kerana kedai yang menjual segala peralatan memancing amat berhampiran dan lebih hebat dari tokyo.
jika hendak ke mana-mana, bas menjadi pengangkutan utama. densha tetap ada tetapi letak ekinya jauh dari sini. untuk ke oita atau kitakyushu atau miyasaki sekali pun sesuailah berdensha ke sana.
maka secara pukul ratanya kawasan ini amat selesa didiami kerana pelbagai perkara yang menyenangkan hati.

20 september 2005
oita ken, beppu-shi, nakatsuka koopo

Tinggalkan komen