~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

suka selak kain dalam

meah. wanita yang lahirnya urban. rambut dilepas bebas seperti mana penceraiannya itu. dulu dia wanita urban yang sopan dan ayu. kini tinggal kenangan saja.

hari ini meah begitu ranggi. bukan saja rambut tapi juga pakaiannya, ketat dan sendat. meah tak rasa malu lagi walaupun anaknya lima berderet. mata lelaki bungkam dan bagai mahu menggonggong buah susuya itu. kini juga meah sudah bertukar kerjaya menjadi penjual kain dalam sebab itulah dia suka selak-selak kain dalam pada setiap hari.

21 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

tang dan dinasti tang

tang yang aku kenal adalah seorang lelaki cina. tak lama lagi usianya akan menjejak 40 tahun. aku dan dia adalah kawan. kami adalah bekas penghuni pusat penghijauan malaysia, dulu. perkara yang membezakan kami ialah aku muslim manakala dia kafir. walaupun kafir dia amat baik kalau dibandingkan dengan kawan muslim yang lain. kalaulah aku ada kawan muslim yang baik macam dia alangkah bagusnya.

dinasti tang dikatakan kafir tapi kalau dibaca hikayat merong mahawangsa, dinasti itu adalah islam.

persoalannya sekarang mengapa tang kawan aku itu kafir sedangkan dinasti tang itu islam. alangkah bodoh soalan aku tu kan?

18 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

cium berahi

mira perempuan yang dulunya sundal. dulunya sial. langganan lelaki kaya wang. walaupun hanya di hujung minggu.

bermodal kulit melepak, gebu dengan losyen mewah. bibir mengelembung seksi. bulu mata melentik dibuat-buat. rambut berbelak perang. alur dada yang dalam ditunjuk-tunjuk. buah susu dihayut-hayut. kulit lengan bagai sutera, halus mulus. tubuh disembur dengan haruman berahi. semua kerana cinta lelaki.

tiba-tiba pada satu hari. jeritan tutup pun berkumandang. tutuplah kata Allah. seminggu setelah itu dan kini dia mencium hajar aswad di baitullah dengan berahi.
kerana cinta Allah yang ditemuinya, hakiki.

16 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

besar dan panjang (xxx)

jiran sebelah menanam pokok naga. tak pernah aku tengok, ini pertama kali. besar dan panjang…

kamu fikir apa?

14 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | 2 komen

jurujual melayu

malam. waktu senggang diisi dengan tarikan teh. mamat insuran duduk sebelah aku. chot chet chot chet bercerita kepada aku dengan sungguh-sungguh sambil aku hirup teh dan angguk-angguk.

kemudian aku pula bercerita. ngok ngek ngok ngek dengan sungguh-sungguh tapi dia tunduk ke bawah kemudian terus bersembang dengan rakannya di sebelah.

agak-agaknya siapa yang kurang ajar?

14 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

gatal-gatal

aku. rasa sungguh gatal-gatal. pada tangan dan jari. bukan apa, sebab dah lama puasa. dari, mengetuk-ngetuk keyboard desktop ini. lama. lama sudah.

kerana bukan sengaja, internet line yang korup. akhirnya facebook pun tak jalan dan yang ini pun tak jalan.

hari ini juga, aku berkeputusan tak mau komen apa-apa lagi mengenai politik. politik menyebabkan aku rasa mual dan loya. macam baru tertelan tahi cicak.

ada baiknya, kalau menulis lain dari itu.

9 April 2009 DIkirim oleh Gelembai | lipur lara | | No Comments Yet

PPSMI II

benarkah operasi lalang sedang bermula?

14 Mac 2009 DIkirim oleh Gelembai | 1 | | No Comments Yet

PPSMI I

perang bahasa di KL tidak adil.

di satu pihak, senjatanya cuma sepanduk dan air liur. pakaian pula tak kalis pukulan.

di satu pihak lagi, senjatanya ialah belantan, gas pemedih mata. pakaiannya pula khusus untuk tempur dengan gangster

9 Mac 2009 DIkirim oleh Gelembai | melayu | | No Comments Yet

PPSMI

negara maju yang guna bahasa ibunda untuk sains & matematik:
jerman
perancis

negara yang guna bahasa inggeris tapi tak maju-maju sampai sekarang:
fiji
tonga

sekadar sekilas pandang. kamu faham maksud aku?

8 Mac 2009 DIkirim oleh Gelembai | 1 | | No Comments Yet

pengalaman dengan penjual melayu

malam.  ada pasar malam.  bandar baru bangi sekyen 16.  pasar malam sejak dulu lagi. aktif  tahap maksima.

dan ada gerai jual-jual daging lembu.  ada empat semuanya. tapi aku ke gerai yang satu ini, daging jualannya nampak segar.gerai ini sebelahnya penjual telur ayam. gerainya kecil dan lampunya pun malap-malap. suram. oh! mungkin strategi jualan.

aku: “nak ini, saya nak yang ini”.  aku tuding pada bahagian topside

penjual:  “berapa bang?”

aku: ” dua kilo”

penjual timbang dan aku pegang.

penjual: “bang! jangan cium-cium bang!”

aku: “kenapa?”

penjual: “nampak sangat abang tak pandai pasal daging, nampak bodoh bang! saya dah 20 tahun jual daging bang!”

aku tersentak, terkejut pun sama.  nak balas jawab rasa tak patut.  benda remeh temeh boleh jadi besar.  tuhan maha adil,  patutlah melayu hanya tahap pasar malam, sebab sombong, riak dan bongkak!

aku rasa kesayuan kerana bendera nippon tetiba berkibar di kotak minda. alahai, melayu!

24 Februari 2009 DIkirim oleh Gelembai | melayu | | 5 komen