Miyamoto
Miyamoto seorang lelaki yang berusia sekitar 60an namun kotak-kotak berat itu mampu diangkatnya lagi. Lelaki ini suka bergurau tetapi dengan loghat sukar difahami. Kalau ada masalah boleh bertanya kepadanya, dia umpama kamus di situ, semuanya berada dalam kotak mindanya. semua dihafalnya. Walaupun amat rajin dia mempunyai kegemaran yang tidak boleh dipisahkan lagi, beer! setiap malam bergelas-gelas beer mampu dihabiskannya. Dengan beer, dia mendapat tenaga untuk bekerja. Dia ketagihan kerana tanpa beer tidak akan memungkinkannya menjadi rajin. Beer jadi sumber tenaga dan inspirasinya. Mungkin kerana itu, dia mampu bergurau dan berceloteh tanpa henti.
abe a.k.a tomu
tomu yang badannya besar itu memang besar.
di waktu masuk-masuk musim natsu ini, pipinya menjadi semakin merah.
menyala-nyala.
dan dia menjadi semakin comel bak teddi bear yang besar-besar itu.
dan bajunya itu perlu ditempah dari tukang yang berkemahiran.
hinaga
hinaga itu perempuan yang gadis atau tidak, aku tak tahu. gadis atau tidak, itu tidaklah penting. bukan itu skop cerita hari ini. hinaga ini tinggi melonjong. rambut ikal mayang kelapa dengan pewarna tiruan perang terang. mata tanpa bingkai. kulit sudah mulai kedut-kedut. barangkali hinaga adalah satu-satu perempuan jepun tanpa botox, tanpa solekan khas seperti artis-artis http://ayumi.primenova.com/gallery.php
di hari-hari ngeri di bumi beppu ini dengan jishin yang bergetar hampir 3 hari, hinaga sangat teruja tapi bukan merasa gembira. hinaga menjadi penakut yang amat. setiap getaran adalah ketaran di bibir mulutnya. setiap getaran adalah ketaran di jari-jarinya. dia sungguh takut. takut mahu mati, barangkali.
dan cerita ini , aku biarkan tergantung.
senyum
miyamoto menelefon, mahu bantuan. katanya penting. katanya lagi segera. aku pun berlari. dan. bermotokar bagai lipas kudung. dalam limpahan air dari langit. baju pun lencun. kotak-kotak itu selesai semua. miyamoto menyepetkan mata. lega.
di deitek
mari atau tomu akan marah-marah, kalau aku mencuci cawan minuman sendiri. mari atau tomu akan terus marah-marah, kalau aku masih berdegil untuk membasuh cawan minuman sendiri. mari. tomu. berkatalah mereka, membasuh cawan malah pinggan atau “bowl” sekalipun merupakan tugas wanita. tugas wanita di jepun ini. orang jantan seperti aku jangan cuba mencampuri tugas wanita sepertinya. itu bukan tugas lelaki. atau boleh menimang-nimang untuk menukar jantina. aku dan aku berasa seperti tinggal di zaman awal 70an di tanah malaya.
Gelembai
seorang jantan berkaca mata, berhidung pesek, berkulit sawo matang, tinggi tak tinggi, rendah ya rendah jua, tiada penyakit berjangkit mahu pun tidak berjangkit. jantan ini bukan kelembai dan dia juga bukan gedembai kerana dia tidak pernah keluar dari celah-celah ketiak mahupun kelangkang kedua-duanya. kerana kenakalannya, jantan ini pernah dimasukkan ke sekolah pemulihan kg kongo sebelum dilepaskan dalam dusun-dusun yang menghijau dan rimbun. Pada hari ini gelembai telah pulang semula ke paya-paya dan kadang-kadang ke bukit bukau untuk menghabis baki-baki perjalanannya yang belum habis-habis.


