~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

Presiden kata

Kata presiden jimonjibaru: saya pernah dilahirkan sebagai seorang Islam!

Aku: eh! eh! ek! erk! sekarang?

Kawan-kawan: ping! ping! ping!

Aku: aku harap kau sempat bertaubat, mr presiden!

Julai 29, 2007 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

mambuhay

ramos datang lewat 10 minit. ramos masuk dengan wajahnya yang serius itu. pada ketika dia mula bercakap-cakap, kertas-kertas dilempar-lemparkannya, jari ditudingnya ke sana sini. dia bercakap tentang perang dunia ketiga yang boleh bermula dengan segelas air, teknologi dari filipina dan bingkai cermin mata tanpa cerminnya, bercakap tentang nilai-nilai agama islam dan kristian, bercakap tentang kuasa kedua dunia yang sedang bangkit dengan perlahannya, bercakap tentang kuasa nuklear dan kemiskinan negara-negara ketiga. bercakap tentang “fitness” dan “stamina” dan rahsia untuk berumur 100 tahun, tentang alam sekitar dan tentang pencemaran dalam senyum dan selamba.

mambuhay general. mantan presiden filipina.

November 13, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

jantan…..

sudah lebih 2 bulan mata anak-anak jantan di pergunungan ini kekenyangan setiap saat dan masa, tanpa henti dan tanpa noktah. kerana mentari semakin meninggi dan teriknya tidak boleh ditahan lagi maka di pulau yang sentiasa berubah permukaan mukabuminya, timbul pula pergunungan-pergunungan yang lain. semakin merekah dan sekah, membuak-buak keluar dan menonjol-nonjol dari permukaannya. gunung yang semakin banyak ini ada kala bergedik-gedik tanpa peduli persekitaranya. hingga mata menjadi bungkam dan air liur mula meleleh-leleh. ada kala muncul pula kawah-kawah bulat tanpa lahar yang mempunyai keupayaan luarbiasa untuk bergerak-gerak. tanah-tanih di pergunungan ini sungguh aneh dan keunikannya amat hebat sekali. tanah-tanih ini bermorfologi bulat dan melidi dengan warna yang bermacam ragam, yang kuning macam tahi gigi ada, perang macam buah sawa pun ada, hitam macam arang juga ada dan yang putih macam bedak juga turut ada. berbidang-bidang. luas dan sempit memenuhi cita rasa. memang aneh bukan? yang lebih menakjubkan, tanah-tanih ini juga berkemampuan bermobiliti pada kadar yang amat tinggi. dan aku pasti kalau kau itu juga jantan sejati dan berada di pergunungan ini, kau pun akan sama seperti anak-anak jantan di sini.

-jumonjibaru-

Julai 5, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | 2 komen

di zaman edo

Bahasa melayu di nagasaki di waktu zaman edo? dari tahun 1603 hinga 1867. wah! aku memang terperanjat, takjub pun ada. mereka ada penutur dan jurubahasa Bahasa Melayu dalam urusan perdagangan dan perniagaan di NAGASAKI. maka tak hairanlah kalau dengan majoriti 40% penguasaan bahasa jawa di indonesia akhirnya dimanafaatkan dengan bahasa melayu sewaktu resolusi kemerdekaan anak-anak indonesia. terima kasih sensei fukui atas maklumat ini. satu petanda jelas bahawa anak-anak nusantara ketika itu benar-benar ahli perdagangan yang bijak dan pelayar yang berani . tapi sayang apa sudah jadi dengan kita hari ini. asyik kena tipu saja. dan di akhir kelas itu, aku dan zahidi bersiulkan lagu Bengawan Solo.

bengawan solo, riwayatmu ini

sedari dulu jadi perhatian insani

musim kemarau, tak seberapa airmu

di musim hujan air meluap sampai jauh …

chorus; mata airmu dari solo

terkurung gunung seribu

air mengalir sampai jauh

akhirnya ke laut …

itu perahu, riwayatmu dulu

kaum pedagang s’lalu naik itu perahu.

http://www.youtube.com/watch?v=eBhmHRWxag4&mode=related&search=

http://www.youtube.com/watch?v=QQB27SRWMUY&mode=related&search=

 

cerita tentang zaman edo http://en.wikipedia.org/wiki/Edo_period

Mei 22, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

hitomi

si dara hitomi, kita bertemu kembali. hanya dari jauh dengan jelingan mata, menguntum senyuman dan melambai-lambai tangan. hanya dari jauh, dengan malu tersipu-sipu di hadapan teman lelakimu. sang kacak dari filipina.

graduate’s lounge

Mei 15, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

Ayam

21/1/2006 - ayam
Di sana tu ada sereban ayam yang letaknya nun meninggi di atas bukit. sesekali kalau tengok boleh rasa gayat dan sayup. ayam di situ banyak sekali, warnanya macam-macam, duduk dengan sungguh harmoni dalam sebuah reban yang atapnya merah bata. majmuk dan mesranya tidak terhingga. Kadang-kadang berlebih-lebihan pula. ayam di situ ditempatkan seperti ayam lain juga cuma ayam di situ dapatlah merasa seekor sebilik. ayam di sini istimewa sungguh kerana setiap bilik itu ada pintu, ada “privacy”. nak buat apa pun buatlah. jangan mengganas, jangan jadi “terrorist” sudahlah. ayam betina lebih banyak dari ayam jantan. semua ayam-ayam ini segar-segar, sihat wala`fiat, jenis bakanya pun macam-macam. perancis ada, pakistan ada, rusia ada, vietnam ada, thai ada, kanada ada, USA pun ada, Jepun punya memang bersepah-sepah. nak yang mana pilihlah. ayam-ayam itu sangat sibuk, jam 4 pagi pun masih berhiruk pikuk. Bersembang, berembun dan sangat suka main masak-masak bersama. ayam jantan semangat dia lebih sikit. ayam jantan suka sangat tengok ayam betina. maklumlah ayam muda, kalau selisih, ayam jantan akan tengok ayam betina. seksi. ayam jantan ada yang tak tahan. jiwa jadi lain macam, bergelora, bergodak sana sini. jadi, ayam jantan pun buat macam-macam helah dan suka bermadah-madah. kalau-kalau dapat nanti boleh ayam jantan main patuk-patuk. bukan ayam jantan saja gembira, ayam betina pun boleh tumpang bahagia. setiap hari ada saja madah-madah baru oleh ayam jantan. ayam betina pun dah tak segan silu, birahnya bukan main lagi. ayam jantan tetap ayam jantanlah. kalau hari ini ayam betina ini esoknya ayam betina yang lain pula. hai seronok ayam jantan. ayam betina pun tumpang suka. marilah bergembira ria. marilah masuk ke bilik ku. tapi air liur tu kawal-kawal sikitlah. janganlah berlimpah ruah tak bertempat. nanti busuk seluruh bilik, susah nak cuci. sini air susah nak dapat. hah sediakanlah plastik, kalau berjembak keluar bubuh sahaja di situ. mudahkan, senang dibuang. esok makcik yang mencuci tu datang, suruh dia tolong buang semua. makcik tu “sporting” punya, dia tak akan marah. nanti-nanti musim yang depan kita tunggu ayam baru. boleh dapat rasa yang lain pula.

Januari 21, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

dilanda badai

cindy kaget bila xu keluar tiba-tiba. silap cindy, tertawa kecil di hujung hujahnya tadi. itu dah sifat cindy. xu mengerti tapi tawa cindy itu tidak dapat diterimanya. pada xu tawa cindy itu berbaur penghinaan. pada xu tawa kecil itu mempersendakan bangsa cinanya di tanah besar. pada xu, cindy tidak mengerti azab orang cina di zaman jepun. cindy tidak tahu cerita penyembelihan orang cina oleh bangsa jepun. cerita itu cerita tragis. cerita itu turun temurun diceritakan kepada generasi muda. cerita itu penuh emosi dan airmata. cindy tidak akan faham kalau tidak jadi bangsa yang disembelih. cindy tidak akan faham perasaan orang cina, cindy bangsa anglo-amerika. jiwa bangsa anglo tidak sama dengan bangsa asia timur. bangsa asia timur jiwanya halus. xu keluar dari dewan seminar dengan gelas di tangannya. di luar xu mengetap bibir menahan marah. jus di tangan diteguk, perlahan-lahan, menghilangkan marahnya. lega dan tenang datang kembali. muka xu yang merah padam dan mata menyalanya itu mulai menghilang. xu kembali menguasai dirinya. xu harus faham itu diskusi ilmiah. kalau berdiskusi apa-apa respon pun boleh keluar dari peserta. salah xu juga membangkit isu itu dan salah cindy yang tidak memahami perasaan orang seperti xu. semasa berdiskusi janganlah tertawa, nanti disalah tafsir orang lain. bagi xu, itu pengajaran “kalau tidak mampu dilambung ombak usah berumah di tepian pantai”.

Januari 2, 2006 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

Sapaan musim salji

ais bertompok-tompok di aspal. putih bersih mewarnai padang rumput. sesekali mendongak ke tingkah kuliah, kelihatan berwap dan juga ais mula berkeping di situ. di laman tengah bangunan B, salji yang turun melayang berputaran sebelum jatuh dilantai. bukit bukau dibelakang mula memutih pekat dan sarat. rumput mula menguning bagai berada di tapak sawah di kampung. semua mula berubah. indahnya berlainan. suasananya pun lain. sambil bersapa dengan hitomi anak dara hiroshima, mengundang bicara yang berat. seusia semuda 18 tahun dengan wajah yg comel. rambut tebal mengurung susuk kepalanya tiada apa yang dipinta melainkan teman lelakinya dari filipina iaitu sesudah 40 minit berkurung di lounge bersama aku yang sudah kepenatan berfikir semenjak pagi. memang dia terlalu keanakan namun boleh mengungkap tentang budaya induknya. benaknya pasti sudah bersedia dengan bebanan dunia. tapi sashmi masih jadi kegemarannya. lantaran sunyi, segala bahan menjadi bualan. agama, famili dan keindahan kelahiran bertukar milik pengetahuan. anak itu jauh muda dan yang pertama semenjak aku berlabuh di pulau ini.

16 disember 2005

Disember 16, 2005 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen

Dia kata begitu

profesor faulkner berkata bahasa-bahasa yang banyak dalam dunia ini akan menyusut bilangannya. contohnya dari bilangan yang dituturkan sebanyak 6000 bahasa akan tinggal 500 ratus sahaja. itu pun kalaulah globalisasi semakin menganas. justeru, terfikir sejenak, apakah yg akan terjadi kepada bahasa melayu kalau perkara seperti yang diperkatakan itu jadi kenyataan. secara rasionalnya bahasa melayu yang menduduki tangga ke-4 di dunia dalam bilangan penuturnya seperti mustahil akan hilang. tapi kalau penutur-penutur bahasa melayu ambil tak indah lama-lama luput juga seperti mana sanskrit. kalaulah ramai melayu berhijrah ke paris umpamanya, berkawin pulak dengan orang arab tak mungkin anak nanti bercakap melayu atau arab. maka bahasa parislah jadi bahasa pertama. maka bahasa melayu dan arab itu sudah kekurangan satu ahli penuturnya. jadi bilangan penutur bahasa melayu semakin kecil bilangannya. yang kecil pulak lebih gemar berbahasa slanga atau berbahasa rojak. jadi apa akan terjadi nanti. hilang tak melayu di dunia. wajar atau tidak untuk dibimbangi.

11 november 2005
jam1415~1735
SPR7, Blok B, APU
Oita.

November 11, 2005 DIkirim oleh Gelembai | Jumonjibaru | | Tiada Komen