~~KiPaS NaNdOnG~~

bukan kipas menghapus kepanasan

Gelembai

dsc00497.jpgseorang jantan berkaca mata, berhidung pesek, berkulit sawo matang, tinggi tak tinggi, rendah ya rendah jua, tiada penyakit berjangkit mahu pun tidak berjangkit. jantan ini bukan kelembai dan dia juga bukan gedembai kerana dia tidak pernah keluar dari celah-celah ketiak mahupun kelangkang kedua-duanya. kerana kenakalannya, jantan ini pernah dimasukkan ke sekolah pemulihan kg kongo sebelum dilepaskan dalam dusun-dusun yang menghijau dan rimbun. Pada hari ini gelembai telah pulang semula ke paya-paya dan kadang-kadang ke bukit bukau untuk menghabis baki-baki perjalanannya yang belum habis-habis.