aku dan kawan telah merancang. telaga nabi khidir. kuala pilah.
tapi pagi tu boboi sahaja yang muncul. lagi 2 mungkir.
aku dan boboi teruskan juga macam selalu. tempat, kami tak tahu sebab tidak ada siapa pun pernah sampai. kami redah. yakin jumpa.
sebab tak tau tempat, klu paling hampir ialah berjumpa pak ya, mamat yang sama dengan kami waktu belajar cara-cara permanian beradas dulu. bandar sri jempol.
rakan pak ya bantu, katanya di batu kikir. kami tuju ke sana. hampa.
kami call asri teksi berulang-ulang, klu seterusnya ada pada dia. penat. kami makan dan solat dulu di batu kikir.
petang. pelangai ialah klu terakhir. ada masjid dan 700 meter darinya adalah perigi itu. kami tuju.
jumpa. perigi dikatakan pernah dilawati oleh nabi khidir sewaktu penjaga madrasah A masih hidup. airnya jernih kehijauan. sejuk dan segar. letaknya di pinggir kali.
boboi ambil airnya untuk dibuat penawar kepada uteh, kakaknya. dan untuk dirinya.
aku cuma memerhati. hajat tercapai, kami pulang.
1 jan 2012 aka 7 safar 1433